Make your own free website on Tripod.com
Pentadbiran Barisan Nasional dan pendirian kita

Kita tidak menafikan bahawa setiap kerajaan mempunyai kaedah pentadbiran masing-masing.  Kerajaan Barisan Nasional yang didukung oleh UMNO memerintah Kelantan sebelum ini juga ada peraturan dan cara pcntadbirannya sendiri.  Cuma, yang silapnya dari sudut pandangan kita yang memperjuangkan Islam ini ialah Kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil Islam sebagai dasar pemerintahan dan oleh kerana itu bentuk pentadbiran yang dijalankannya juga tidak mengikut cara sepertimana yang dikehendaki oleh agama.  Contohnya, perkara-perkara yang ditegah oleh Islam seperti berjudi, penjualan arak secara bebas, pusat-pusat hiburan yang menggunakan wanita sebagai alat bagi memuaskan nafsu dibenar dan dikeluarkan lesen.

Oleh kerana perjuangan UMNO itu berdasarkan kebangsaan atau nasionalis maka benda-benda yang bersangkut paut dengan tegahan agama dipandang ringan.  Apabila hukum Tuhan dipandang ringan, tidak dapat tidak, penyelewengan seperti menyalahgunakan kuasa, rasuah dan lain-lain mustahil tidak berlaku.  Atau dengan perkataan lain, mereka ini tidak bimbang sangat dengan teguran yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak terhadap mereka kerana mereka percaya kepada ajaran demokrasi bahawa sesiapa yang dapat menjawab pertanyaan di dalam Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, perkara itu dianggap sudah selesai.  Begitu juga jika mereka yang terbabit dengan tuduhan rasuah diseret ke mahkamah, mereka dapat melantik peguam untuk lawan bicara. Jika menang perbicaraan, perbuatan yang berhubung dengan tuduhan itu dikira tidak bersalah dan mereka dibebaskan sekalipun rasuah itu betul-betul mereka lakukan.

Sebaliknya, kita yang memperjuangkan dasar Islam tidaklah begitu cara. pemikiran kita kerana perhitungan utama kita dalam membuat sesuatu peraturan disandarkan kepada Allah dan menggunakan Qur'an dan hadis sebagai panduan.  Oleh kerana itu akan timbul dengan sendirinya perasaan untuk mengambil kira dosa pahala yang akan diterima pada hari pembalasan daripada
Tuhan di Padang Mahsyar di akhirat kelak.  Ertinya, dengan sebab kita berpegang kepada akidah bahawa Tuhan itu ada dan paling berkuasa daripada segala yang berkuasa di muka bumi ini dan juga di akhirat, maka sudah tentu timbul satu macam kegerunan untuk membuat peraturan dan udang-undang mengikut pandai-pandai kita sahaja sebab kita yakin sebijak-bijak manusia tidak dapat mengatasi kebijaksanaan Tuhan memandangkan kita sendiri pun Dia yang jadikan.

Oleh sebab itu apabila kita hendak membuat sesuatu peraturan dalam mengendalikan pentadbiran sesebuah negeri atau negara, mengikut pandangan kita yang memperjuangkan dasar Islam, kita tidak boleh lari daripada apa yang digariskan oleh Tuhan dalam alQur'an dan hadis Rasulullah.  Segala peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan dalam memerintah sesebuah negeri itu bukan tamat setakat di dunia sahaja tetapi berpanjangan hingga sampai ke akhirat.

Ini bermakna segala peraturan yang dibuat oleh pemerintah terhadap rakyat di atas dunia ini akan disoal oleh Munkar Nakir selepas di dalam kubur dan seterusnya di hadapan Tuhan di Padang Mahsyar nanti.  Apabila kita yakin sungguh-sungguh kepada akidah seperti ini, kita akan keberatan hendak membuat sesuatu perkara atau peraturan yang bercanggah dengan kehendak agama.  Inilah titik perbezaan besar antara pemikiran kita yang berjuang atas landasan agama deagan mereka yang berjuang mengikut fahaman sekular.

Kita sanggup mempertahankan bermati-matian bahawa pentadbiran mengikut cara Islam itu palling betul kerana Islam itu adalah sebuah agama yang dibuat oleh Allah SWT dan dikirim melalui Nabi Muhammad SAW untuk dilaksanakan di atas dunia ini bagi menjamin kesejahteraan kepada semua manusia.  Ertinya, Tuhan yang membuat manusia bersama dengan tabiat dan perangainya sekali. Dialah lebih lojik menetapkan garis peraturan di dalam al-Qur'an supaya manusia ikut sekiranya mereka mahu selamat.  Dengan sebab itu apabila Islam itu agama dan al-Qur'an itu merupakan buku undang-undang yang paling lengkap maka tidak ada sebab kita harus menolak pentadbiran lslam.

Berbeza dengan fahaman sekular yang berdasarkan berbagai-bagai ideologi buatan manusia seperti nasionalis, sosialis, komunis, kapitalis dan sebagainya yang semata-mata berasaskan teori, boleh berubah-ubah mengikut selera siapa yang berkuasa.  Semasa seseorang pemerintah itu kuat dan berkuasa dia mempertahankan teori dan ideologi yang dipegang itu.dengan bermacammacam alasan.  Sebaliknya apabila individu yang berkuasa itu j atuh, teori dan ideologi itu juga turut hancur kerana pemerintah yang baru akan membawa'fahaman dan ideologi yang bersesuaian dengan kehendak dan kemahuan mereka pula memandangkan sebarang ideologi yang dibuat oleh manusia itu boleh kita terima dan boleh juga kita tolak kerana semua peraturan dan undang-undang yang dibuat itu berdasarkan pemikiran manusia sendiri, tidak seperti agama yang dibuat oleh Tuhan di mana manusia tidak boleh sama sekali menolaknya.

Sehubungan dengan ini juga manusia harus faham bahawa Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat bukan tempat membuat undang-undang kerana undang-undang untuk manusia itu telah pun ada, iaitu al-Qur'an.  Cuma, apa yang harus dibuat oleh wakil-wakil rakyat di dalam dewan-dewan tcrsebut adalah membincangkan bagaimana hendak melicinkan perlaksanaan undang-undang yang sedia ada itu bagi memberi manfaat kepada semua rakyat yang menjadi hamba Allah.  Ini satu daripada pengertian yang terselit di sebalik kata-kata 'Dewan yang Mulia' yang dilafaz oleh setiap anggota Dewan apabila bangun bercakap.  Ertinya, scgala apa vang hendak dibincang dan apa peraturan yang hendak dilaksanakan kepada manusia itu mesti selaras dengan kehendak 'Pihak yang Mulia' iaitu Allah SWT. Kalau lanya bercanggah dengan kehendak Allah, di mana ada mulianya?