Lampiran

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertuan Agong melaksanakan antara lain fungsi-fungsi berikut:-
 

A. Fungsi berkaitan dengan Parlimen

1. Berkuasa mengistihar Ordinan semasa darurat jika kedua Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak bersidang Perkara 150 (2B).

2. Yang Dipertuan Agong adalah sebahagian dari Parlimen: Perkara 44.  Bagaimanapun beliau tidak duduk dalam Parlimen seperti anggota-anggota kedua-dua Dewan.

3. Berkuasa memanggil atau memprorog (progogue) sidang Parlimen: Perkara 55 (1) & (2).

4. Berkuasa membubar Dewan Rakyat: Perkara 55 (2) dan Perkara 40 (2) (6).

S. Hak untuk merasmi/membuka sidang satu atau kedua-dua Dewan secara bersama atau berasingan: Perkara 60.

6. Kecuali mengikut Perkara 66 (4B), perkenan baginda adalah diperlukan sebelum satu-satu Rang Undang-Undang menjadi Undang-Undang: Perkara 66 (1).

7. Berkuasa melantik kerani - Dewan Negara dan Dewan Rakyat: Perkara 65.

8. Berkuasa dalam perlantikan 43 senator: Perkara 45 (1).

9. Kuasa untuk melambatkan rang undang-undang bukan kewangan: Perkara 66 (4).

10. Berfungsi berkaitan pembentangan penyata kewangan ekonomi negara pada setiap tahun kewangan : Perkara 99 (1)

11. Fungsi berkaitan dengan penerimaan laporan Kua Audit Negara dan pembentangan di Dewan Rakyat : Perkara 107 (1) & 112 A (1)
 
 

B. Fungsi Eksekutif

1. Perlantikan PM, Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan-timbalan Menteri: Perkara 43 (1) & (2) dan 43A.

2. Pelucutan jawatan Menteri-menteri selain dari PM Perkara 43 (5).

3. Menerima apa-apa maklumat berkaitan dengan kerajaan yang di dalam pengetahuan kabinet: Perkara 40 (1).

4. Perlantikan dan pemecatan seseorang dalam Jabatan Perkhidmatan Awam: Perkara 132 (2A) dan 135.

5. Perlantikan dan pemecatan ahli-ahli Suruhanjaya, dan Majlis-majlis yang dibentuk di bawah Perlembagaan; antaranya Suruhanjaya Pilihanraya (Perkara 114), Majlis Angkatan Tentera (Perkara 137), Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang (Perkara 138), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Perkara 139), Suruhanjaya Pasukan Polis (Perkara 140) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Perkara 141A (2)).

6. Berfungsi sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera Perkara 41.

7. Perlantikan Lembaga Penasihat yang bertanggungjawab terhadap kes-kes tahanan pencegahan: Perkara 151 (2).

8. Bertanggungjawab meneliti dan menilai syor-syor lembaga penasihat mengenai kes-kes tahanan pencegahan: Perkara 151 (1) (b).

9. Kuasa untuk mengistihar darurat: Perkara 150 (1).

10. Kuasa mengistihar mana-mana kawasan dalam sesebuah negeri sebagai 'kawasan pembangunan': Perkara 92 (1).

11. Kuasa dan tanggung jawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain: Perkara 153 (1).
 

C. Fungsi Berkaitan Kehakiman

l. Yang dipertuan Agong boleh merujuk kepada mahkamah Agong untuk mendapat pendapat mahkamah mengenai mana-mana peruntukan Perlembagaan: Perkara 130.

2. Berkuasa dalam perlantikan hakim-hakim Mahkamah Agong dan Mahkamah Tinggi termasuk Ketua Hakim Negara : Perkara 122B.

3. Kuasa untuk memberhentikan, mempersarakan, atau memecat hakim-hakim Mahkamah Tinggi menurut peruntukan Perlembagaan: Perkara 125.

4. Perlantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang: Perkara 138.

5. Kuasa bagi mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai kesalahan yang telah dibicarakan Perkara 42 (1)