Make your own free website on Tripod.com
KELANTAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

PENGENALAN

Setelah tiga tahun PAS bersama-sama Semangat 46, Berjasa dan Hamim memerintah Kelantan dengan nama Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) telah banyak dasar-dasar baru diperkenal dan dilaksanakan. Di samping dasar-dasar lama yang sesuai diteruskan.

Pokok kepada dasar kerajaan  negeri sekarang ialah Islam sebagai ad-Din. Bertolak dari sini, semua dasar dalam bidang pentadbiran dan pembangunan serta perundangan digubal dengan berpandukan Al-Quran, al-Hadis dan qiyas dengan menggunakan segala ruang atau bidang kuasa undang-undang dan keupayaan yang ada pada kerajaan Negeri.

Hasrat dasar Angkatan dalam pilihan raya 1990 lalu ialah untuk merealisasikan tema Membangun Bersama Islam dalam program-program kerajaan. Menerusi tema ini, program-program pembangunan ditumpu kepada pembangunan kemanusiaan dan pembangunan kebendaan. Dengan itu, hasrat kerajaan Negeri adalah untuk melahirkan rakyat yang beriman dan bertaqwa di samping tidak menghalang rakyat terus menikmati pembangunan kebendaan.

Berikut adalah ringkasan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan Negeri Kelantan sepanjang tiga tahun pemerintahan Kerajaan Angkatan
 

Aspek Pentadbiran
Aspek Pembangunan
Aspek Perundangan Islam
Aspek Kebajikan
Aspek Keperibadian Tuan Guru Menteri Besar
Harapan Perlaksanaan Dasar Kerajaan Negeri
Penutup