ASPEK PENTADBIRAN
1. Melaksana dasar jimat cermat di dalam pengurusan kewangan/belanjawan dan pengagihan projek pembangunan.

2. Memperkenal dan menghidupkan kembali konsep at-Ta'awwun bagi melaksana projek kesejahteraan rakyat dan penjimatan perbelanjaan.

3. Memindahkan simpanan wang kerajaan (fixed deposit) yang berriba dari bank riba ke Bank Islam.

4. Menubuhkan Unit Penguatkuasaan Khas bagi menyiasat kes-kes kecurian balak dan penerokaan tanah haram.

5. Menghapuskan tender runding yang diamalkan oleh kerajaan dahulu dan digantikan dengan tender secara terbuka.

6. Memberi semula kuasa ketua jajahan sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah yang sebelum ini dipegang oleh wakil rakyat dari BN.

7 Melancarkan dan menyegerakan proses pemberian hak milik tanah kepada rakyat dengan memperturunkan kuasa kepada Ketua Jajahan.

8. Memberi kuasa kepada Ketua Jajahan untuk meluluskan hak milik tanah yang tidak lebih dari 10 ekar bagi mempercepatkan hak milik tanah kepada rakyat.

9. Mewujudkan Tabung Tok Kenali bagi mengumpul dan mengagihkan sumber pampasan Projek Empangan Hidro Pergau.

10. Menubuhkan beberapa unit dan Jawatankuasa baru untuk melicinkan pentadbiran kerajaan.  Antaranya Jawatankuasa Wanita dan Hal Ehwal Bukan Islam, Jawatankuasa Perpaduan Ummah Mukim dan Pusat Kajian Strategik.

11. Kriteria pemilihan penghulu adalah didasarkan kepada calon yang faham Islam.

12. Menaikkan elaun-elaun penghulu, ahli majlis (Kerajaan Tempatan), guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan guru al-Qur'an.

13. Melantik orang bukan Islam dan wanita sebagai Ahli Majlis Daerah.

14. Penambahan cuti bersalin kepada kakitangan kerajaan negeri dari 42 hati kepada 60 hari.

15. Pinjaman perumahan dan kenderaan secara Islam kepada kakitangan kerajaan negeri.

16. Timbalan-TimbalanMenteri Besar dan Ahli-Ahli EXCO mengguna pakai kereta-kereta resmi yang sudah sedia ada.

17. Pemotongan elaun Timbalan Menteri Besar, Ahli-Ahli EXCO, Wakil Rakyat dan Pegawai-pegawai yang dilantik oleh Parti dalam perkhidmatan kerajaan.

18. Elaun keraian yang dipotong daripada dua orang Timbalan Menteri Besar menjimatkan
sebanyak RM 18,000 setahun.

19. Menghapuskan pemberian hadiah/ cenderamata kepada pemimpin.

20. Membuat pindaan ke atas peraturan melombong 1939 dan menggantikan dengan Enakmen Melombong 1991. Peraturan ini tidak pernah dipinda sejak 52 tahun yang lalu.

21. Mengkaji semula enakmen pembeli emas dan royalti 1932 yang didapati tidak sesuai dan tidak berkesan dan menggubal semua enakmen urusan emas mentah 1991.

22. Tidak menggunakan jentera kerajaan dalam sebarang kempen pilihanraya.