ASPEK PEMBANGUNAN

i. Pembangunan Kerobanian dan Pengembangan Dakwah:

a. Memulakan mesyuarat/majlis dengan bacaan Surah al-Fatihah dan mengakhiri dengan bacaan
Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

b. Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan EXCO bertadarus Al-Quran bersama-sama dengan pegawai-pegawal kerajaan dan rakyat di masjid-masjid di semua daerah pada bulan puasa.

c. Bekerja separuh hari pada bulan puasa bagi kakitangan kerajaan negeri.

d. Penubuhan Unit Dakwah Halaqat.

e. Peruntukan Bina Insan melalui ADUN.

f. Menambah peruntukan sekolah Agama YIK.

g. Desa Taqwa.

h. Jawatankuasa Pembangunan Islam Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

i. Menjemput orang-orang Bukan Islam hadir dalam perayaan-perayaan Islam untuk memberi kefahaman kepada mereka.

j. Menubuhkan Maahad Tahfiz bagi melahirkan lebih ramai generasi Al-Quran.

k. Penutupan pusat-pusat snooker, video games dan billiard mulai I Januari 1994.

l. Menganjurkan kuliah-kuliah zohor untuk peniaga/pembeli Pasar Pusat Buluh Kubu (Pasar Siti Khadijah) di bawah pengendalian MPKB.

m. Peserta qariah Tilawah Al-Quran tidak dibenarkan dan kerajaan tidak menghantar qariah ke Musabaqah Peringkat Kebangsaan.

ii. Pembangunan Ekonomi

a. Memajukan sektor pertanian di bawah PKINK (SEDC) dengan menubuhkan PPK (Ayam Murni), ladang rakyat, memajukan kawasan Lojing Highlands, pembahagian zon-zon pertanian dan aqua-culture.

b. Penubuhan pajak gadai Ar-Rahn bagi mengelakkan rakyat terlibat dengan tiba.

c. Penyediaan subsidi baja padi.

d. Menghantar rombongan pelaburan ke China, Thailand dan Singapura.

e. Peruntukan khas sebanyak RM250,000 untuk skim galakan pelaburan.

iii.  Pembangunan infrastruktur

a. Jalanraya diperbesarkan dan jalan-jalan kampung ditarkan.

b. Pembinaan Empangan Pergau.

c. Projek Kemasin-Semerak.

d. Pembinaan rumah awam kos rendah (RAKR) di bawah Bahagian Perumahan Negeri Kelantan.

e. Projek Bekalan Air Kelantan Utara.

f. Menyediakan peruntukan untuk projek-projek kesejahteraan rakyat.

g. Menyelaras projek-projek pembangunan infiustruktur melalui Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Pembangunan Negeri Kelantan.