Make your own free website on Tripod.com
ASPEK PERUNDANGAN ISLAM
1. Penguatkuasaan pakaian menutup aurat.

2. Meluluskan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) pada 25 November 1993.

3. Penghapusan premis-premis judi berkuatkuasa pada 1 Januari 1991.

4. Penyusunan semula penjualan dan pengurangan kedai arak dan tetap memberi kebebasan orang bukan lslam minum arak di tempat yang dikhas.

5. Pengasingan akaun bagi lesen-lesen yang perniagaan atau kegiatannya haram di sisi Islam.

6. Pengasingan tempat duduk antara lelaki dan perempuan dalam semua majlis rasmi.

7. Kumpulan nasyid perempuan hanya dibenarkan kepada yang berumur 15 tahun ke bawah untuk membuat persembahan dalam satu-satu majlis.

8. Mengharamkan konsert rock dan pertunjukan hiburan/ permainan tradisi (menora, makyong, wayang kulit dan seumpamanya) yang mengandungi unsur syirik.

9. Tindakan tegas dengan meroboh dan menghapuskan tempat-tempat yang disyaki berlakunya maksiat.

I0. Menghalang penggunaan gambar wanita mendedah aurat di papan tanda (signboard) iklan.

11. Mengemaskinikan operasi kedai gunting yang selama ini dikaitkan dengan arak dan pelacuran.