HARAPAN PERLAKSANAAN DASAR KERAJAAN NEGERI

Harapan utama pelaksanaan dasar dan program kerajaan Negeri ialah untuk menjadikan Kelantan sebuah negeri yang terlaksana hukum-hukum Islam bagi memenuhi amal ma'aruf nahi munkar. Tanggungjawab pimpinan berusaha menjadikan rakyat dan negeri ini aman dan makmur serta wujudnya pengabdian sepenuh kepada Allah SWT.  Antara harapan-harapan lain ialah:

1. Menjadikan Kelantan negeri contoh kepada kerajaan negeri-negeri lain hatta kepada kerajaan Pusat, seperti dalam perlaksanaan syari'at Islam dan sistem kewangan Islam - Pajak gadai Ar-Rahn.

2. Menjadikan Kelantan pusat kecemerlangan syiar Islam dan tumpuan seluruh ummat Islam di negara ini, hatta di Nusantara, bagi mendalami pengajian dan penghayatan Islam.  Di samping terus berusaha memperkenalkan Kelantan sebagai Negeri Tadahan Wahyu demi memantap, kemasyhurannya sebagai Negeri Serambi Mekah.

3. Mewujudkan contoh terbaik dalam mempraktik sistem politik berteraskan Islam berhadapan dengan sistem sekular di peringkat pusat, dengan menjayakan program mendidik rakyat kepada pemikiran dan syakhsiyyah Islamiyah.

4. Melaksanakan sistem perundangan dan peraturan Islam semaksimum mungkin sebagaimana tuntutan syariah dan setakat mana bidang kuasa kerajaan Negeri dalam konteks federalism.

5. Terus berusaha untuk mewujud hubungan baik dengan kerajaan pusat sebagai suatu langkah diplomasi dan berlapang dada (flexible) bagi mendapat hak-hak kerajaan negeri dan untuk kelancaran dan kesinambungan pentadbiran Kerajaan Angkatan di Kelantan.

6. Berusaha melebarkan dakwah dan pendekatan sosio-politik tempatan kepada seluruh pergerakan Islam dalam dan luar negeri.

7. Terus mempertingkat kemantapan parti-parti Angkatan sebagai asas kerjasama dan perpaduan dalam dominasi politik Kelantan, demi mengukuhkan dan menjayakan konsep perpaduan Ummah.