NEGERI KELANTAN MENYERTAI PERSEKUTUAN
(Federation of Malaya Agreement 1948)

Di bawah Perjanjian tahun 1948 semua Negeri-Negeri Melayu, termasuk Kelantan, menyertai Persekutuan. Dua buah Negeri Selat juga, iaitu Melaka dan Pulau Pinang juga menyertai Persekutuan.

Perjanjian tahun 1948 yang dibuat antara Kerajaan British dan Raja-Raja Melayu itu mempersetujui juga supaya negeri-negeri Melayu ditadbirkan mengikut perlembagaan negeri yang bertulis, disamping ianya bersetuju menubuhkan Council of State dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.