Make your own free website on Tripod.com
MAKNA PERSEKUTUAN

Tun Mohamed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara di dalam bukunya "An Introduction to the Consitution of Malaysia" membandingkan Persekutan seperti berikut:-

" ....  Sesebuah Persekutuan itu serupa dengan sesebuah perkongsian, dan seperti perkongsian yang lain-lainnya, kejayaan dan kelancaran urusannya terpulanglah kepada kesudian dan kesedian kesemua rakan kongsi untuk menjayakannya".

Kamus undang-undang Black pula memberi makna kepada Persekutuan seperti berikut:-

Suatu bentuk kerajaan, di mana kuasanya dibahagikan di antara Pusat (Persekutuan) dan ahli-ahlinya (negeri-negeri). Mengenai Kerajaan Persekutuan pula: Negeri-Negeri ahli menubuhkan suatu kesatuan, tetapi tidak sampai kepada tahap menghilangkan organisasi
masing-masing atau tidak sampai melenyapkan separuh kedaulatannya (quasi-sovereignty)