KE ARAH KEMERDEKAAN

Federation of Malaya Agreement 1948 melahirkan hasrat British untuk memberikan kemerdekaan penuh kepada Persekutuan Tanah Melayu, dan seterusnya kemajuan ke arah demikian hendaklah diteruskan dengan sebaik-baiknya.

Berikutuan dengan itu pilihanraya pertama telah diadakan di dalam bulan Julai 1955 bagi mengisi 52 buah kerusi di dalam Federal Legislative Council yang baharu itu. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi dan Tengku Abdul Rahman telah dilantik Ketua Menteri Persekutan.

4.01 Persidangan Perlembagaan 6hb Februari 1956

Sebelum Kemerdekaan, suatu Persidangan mengenai Perlembagaan Persekutuan telah diadakan di London mulai 18hb Januari hingga ke 6hb Februari 1956 di antara Kerajaan British dengan Persekutuan Tanah Melayu.  Persekutuan diwakili oleh empat orang wakil Raja-Raja Melayu, Ketua Menteri dan tiga orang menteri Kabinet dan juga Persuruhjya Tinggi British.

Persidangan itu bersetuju di atas perlantikan Suruhanjaya Bebas bagi mengubalkan Perlembagaan Persekutuan, dan bagi tujuan ini Suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid seterusnya ditubuhkan.

4.02 Apa perlunya wakil Raja-Raja ke persidangan Perlembaggan?

(i) Semenanjung Tanah Melayu belum lagi bertaraf merdeka sepenuhnya, oleh itu Raja-Raja Melayu sebagai ketua mutlak negeri masing-masing perlu dilibatkan sebagai suatu pihak kepada Persidangan.

(ii) Kedaulatan Raja-Raja Melayu di dalam negeri masing-masing sejak zaman-berzaman          dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang diiktiraf oleh British sebagai "sovereign Ruler of  an
independent State" seperti diputuskan di dalam kes-kes berikut:-

Mighell v. Sultan of Johore (1894)1.Q.B

Duff Development Co. v. Government of Kelantan (1924) A.C. 797

The Pahang Consolidated Co. Ltd v. The State of Pahang (1931) F.M.S.L.R. 390

The Sultan of Johore v. Tengku Abu Bakar and Another (1952) MLJ

(iii) Mempastikan bahawa konsep Persekutuan terpelihara dan kedaulatkan serta immunity Raja-Raja Melayu juga terpelihara.

(iv) Mempastikan bahawa perkara-perkara pengecualian di bawah Perjanjian 1909 dan 1927 itu diteruskan.

(iv) Memberi peluang seluas-luasnya kepada Raja-Raja Melayu untuk memperturunkan syarat-syarat yang mereka kehendaki sebelum menyerahkan sebahagian besar kuasa-kuasa negeri mereka kepada Persekutan menjelang kemerdekaan 1957.

Ringkasnya, Perlembagaan Persekutuan adalah Undang-undang tubuh yang diasaskan di atas persetujuan di antara Raja-Raja Melayu, Kerajaan British dan Parti Perikatan.

Di atas beberapa pra-syaratlah maka wujudnya Perlembagaan Persekutuan, maka di antara pra-syarat yang dipersetujukan oleh Raja-Raja Melayu itu ialah Perkara-Perkara 71(l), 181, 38(4), 153 dan 74.

Maka tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Perkara-Perkara seperti di atas adalah Perkara-Perkara Kekal dan tidak boleh diubah walau di dalam apa keadaan jua pun, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja 100%.