Nota Akhir

1. Hadith telah memperakui bahawa pada tiap tiap abad, akan lahir seorang mujaddid bagi mengangkat martabat Islam yang telah luntur dimakan zaman. Secara yang lebih spesifik dalam sebuah Hadith yang di riwayatkan oleh oleh Nu'man bin Basyir Rasulullah (saw) telah melihat masa depan ummah yang berada di antara periode berakhirnya Nubuwwah (apabila wafatnya Rasulullah) dan tibanya Hari Penghabisan (kiamat) dalam satu “pusingan” (cycle). Pusingan ini bermula dengan munculnya Khalifah sesuai dengan sistem Kenabian di ikuti dengan sistem "raja yang menggigit". Sistem yang menyusuli "raja yang menggigit" ialah sistem "raja yang diktator". Akhirnya "pusingan" ini bertaut semula dengan munculnya sekali lagi sistem khalifah yang selaras dengan sistem Kenabian.

2. Sistem penguatkuasaan adalah dengan menempatkan panglima-panglima dan hulubalang-hulubalang di simpang-simpang jalan dengan membawa baldi baldi yang berisi dengan belakin (cat hitam) untuk disimbahkan kapada mereka yang tidak mematuhinya! (Mohd. Husin Khalii Haji Awang, 1970:92)

3. Bandingkan pandangan James D. Forman, Capitalism, New York: New Viewpoint, 1973, "While capitalism has long been accepted as an inescapable fact of economic life, it has never been a subject of loud moral enthusiasm " (m. s. 106)

4. Secara bandingannya negeri-negeri lain telah menaikkan cukai tanah masing-masing secara mendadak. Sebagai contohnya di Selangor mulai 1 hb. Januari 1995 cukai tanah telah dinaikkan mengikut kadar-kadar tertentu berdasarkan daerah, kawasan dan kategori tanah serta status tanah sama ada tanah desa, pekan atau bandar. Purata kenaikan adalah 40%, walau bagaimanapun ada juga kenaikan yang melebihi angka tersebut akibat dari perubahan status tanah dan tertakluk kapada kadar minima saperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Selangor. Pengwartaan kenaikan ini telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor, Jilid 46, Nombor 26 bertarikh 30hb. Disember 1993.

5. Forman juga mengkritik secara sinis masyarakat kapitalis moden yang affluent dengan kata-kata berikut: "The consequence is that we drive in power-steered, air-conditioned vehicles through filthy potholed streets and littered cities, out past ranks of billboards, to picnic at last from hygenically packaged food beside a stream full of beer cans, bottles, and dead fish" (m.s. 102)

6. Ini membenarkan diktum pofitik yang dipopularkan oleh YAB Tuan Guru semasa pilihanraya kecil Lundang, "Tak Dak Sebab Demo Nak Lawe Kawe ".

7. Penggunaan kuasa autonomi negeri adalah untuk menegak yang haq dan mempertahankan maruah dari tekanan yang berterusan, bukan atas perkiraan kelangsungan politik (political survival) semata mata. Salah satu contoh "tit-for-tat" ialah kes di mana KADA (sebuah agensi Kerajaan Pusat) telah mempolitikkan isu baja subsidi, permohonannya untuk melaksanakan perojek Ladang Merdeka dikecewakan oleh Kerajaan Negeri atas perkiraan bahawa perkara yang berkaitan dengan tanah dan agama adalah di bawah bidang kuasa negeri.