PENTADBIRAN TEMPATAN:
TAAWUN DAN KESEDARAN KOLEKTIF (COLLECTIVE CONSCIOUSNESS)

Sumber kekuasaan dalam sistem demokrasi adalah kedaulatan rakyat (people's sovereignty). Islam, di samping melihat sumber kekuasaan bertunjangkan kedaulatan Rabbani (devine sovereignty) juga mengambil kira kebajikan masyarakat massa. Masyarakat massa yang betaqwa adalah sumber kerahmatan Allah. Atas kesedaran inilah YAB Tuan Guru Menteri Besar dalam ucapan Belanjawan Negeri 1995 mengingatkan setiap kakitangan Kerajaan hakikat bahawa "....dalam usaha meningkatkan hasil janganlah sekali-kali tindakan itu menimbulkan kesusahan dan bebanan kepada rakyat terutama sekali golongan miskin dan daif kerana merekalah golongan yang menjadi punca datangnya rahmat pertolongan dari Allah" (Buletin, November 1994,m.s.4)
Atas perkiraaan bahawa sebahagian besar dari masyarakat massa adalah masyarakat luar bandar, maka penyaluran sumber bantuan dari Pusat seharusaya dimanfaati secara maksima oleh mereka. Adalah menjadi rahsia umum bahawa pengaruh politik dalam pentadbiran adalah tinggi semasa Barisan Nasional dan ini telah menghalang pengaliran su.mber yang lancar; sebalikaya telah berlaku "kebocoran" (leakages) sumber yang amat ketara. Bentuk agihan kuasa dalam sistem pentadbiran yang bersifat devoluted dan tiered (bertahap) cuma memain peranan yang sekunder kenapa pengaliran sumber (the flow of resources) terbantut. Faktor primer ialah pentadbiran telah dipolitikkan (politicised). Pentadbiran awam tidak lagi bersifat "berkecuali". Kerajaan Angkatan telah memahami hakikat ini dan menghormati konsep dan kehendak "neutrality of the civil service". Sebagai contoh Pegawai Jajahan telah dikembalikan haknya sebagai Pengerusi Majlis-majlis Daerah. Pembahagian baja subsidi juga telah menjadi tanggungjawab Pegawai Jajahan. Sudah semestinya falsafah pentadbiran Islam yang didokong oleh Kerajaan Angkatan menjadi rujukan umum (common reference) kepada Pegawai Tadbir. Cuma yang ditekankan di sini tidak seharusnya berlaku pengekploitasian terhadap Pegawai Tadbir secara terbuka dan berlebihan untuk kepentingan parti-parti politik tertentu.

Bebas dari tekanan politik, proses pembangunan dari bawah (development from below) telah memperlihatkan satu tahap penyertaan yang tinggi. Rakyat bawahan telah berpatisipasi dalam pembangunan dan telah memberi makna yang sebenarnya kepada konsep participatory democracy. Contohnya yang terbaik dalam hal ini ialah bagaimana konsep "at-taawun" digembelingkan. Dengan menggunakan pendekatan at-taawun atau gotong-royong sebahagian besar dari kos projek pembangunan rakyat seperti jambatan dapat dikurangkan. Sebuah jambatan telah dibina, dengan menggunakan pendekatan at-taawun, di Pengkalan Pasir telah melibatkan perbelanjaan sebanyak RM40,000.00. Walau bagaimanapun sekiranya projek pembinaan jambatan ditender kepada kontraktor, Kerajaan terpaksa berbelanja tidak kurang dari RM60,000.00 (Buletin, Julai 1991:5) Penjimatan kos sebanyak RM20,000.00 adalah sesuatu yang amat dibanggakan. Apa yang penting yang ditekankan di sini Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah juga menggalakkan rakyat bergotong-royong tetapi rakyat masih terikat dengan "subsidi mentaliti'. Benda yang sama disuntik dengan nilai yang berbeza telah menghasilkan output atau barangan yang berbeza. Kes di atas telah membuktikan secara praktikal ketaqwaan sebagai faktor pengeluaran yang produktif dan "cost-effective". Juga tidak berlaku percanggahan antara tuntutan kolektif dan kepentingan diri sebagaimana yang berlaku dalam sistem kapitalsme.

Pembinaan kesedaran kolektif (collective consciousness) melalui pendekatan at-taawun diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Desa Taqwa. Desa Taqwa telah ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan sebuah masyarakat contoh dari amalan ajaran lslam yang merangkumi objektif-objektif bagi mewujudkan masyarakat yang bersih tanpa maksiat, rajin bekerja memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negeri; mengeratkan kerjasama dan saling bantu-membantu dan akhirnya aktif dan berbudaya maju (Buletin, November,1992:2). Berkemungkinan besar, pada masa-masa hadapan, Desa Taqwa akan berfungsi sebagai pusat pertumbuhan baru yang mencakupi pelbagai dimensi. Memahami hakikat bahawa ketaqwaan boleh berfungsi secara praktikal sebagai faktor pengeluaran maka Kerajaan Angkatan telah memperuntukkan perbelanjaan yang agak besar bagi tahun 1995, bagi tujuan mempertingkat dan melebarkan infrast sosio-religious. Dalam hal ini Sektor Sosial dan Hal Ehwal Islam telah diberi peruntukan sebanyak 30% dari keselunihan peruntukan, hampir sama banyaknya dengan peruntukan bagi sektor Pentadbiran (39.1%) (Buletin, November, 1994:6).

Pembinaan prasarana sosio-religious akan memperkukuhkan lagi kesedaran kolektif masyarakat Kelantan yang sememangnya mempunyai ciri "self-determining" (Roff,1974), yang tindak-tanduknya lebih didorong oleh pertimbangan akal bukan nafsu (Kessler, 1978)