Pengurusan Risiko (Risk Analysis dan Management)

Setiap orang dari kita samada sebagai seorang ahli politik atau pentadbir, tidak dapat tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah dalam proses kita menjalankan tugas-tugas kita. Ada di antara masalah tersebut dapat diselesaikan secara perudingan dan ada masalah yang dapat diselesaikan apabila membabitkan kewangan dan tuntutan.

Dalam proses pembangunan, kita selalu ddidedahkan bahawa keupayaan sesuatu program atau projek dinilai dan diukur dari segi 'viability' atau daya majunya termasuklah dengan 'cost-effective'nya. Memang itulah hasrat semua pengurus-pengurus projek yang di amanahkan mengendalikannya kerana keuntungan dan keupayaan merupakan pra syarat yang diambilkira sebelum dibuat keputusan.

Kecenderungan untuk mendapatkan pulangan yang tinggi dan menguntungkan menyebabkab ramai yang tidak mengambil maklum tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku selepas itu. Selalunya kos untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku lebih mahal dari keuntungan yang dijangkakan. Di sinilah pentingnya Pengurusan Risiko itu.

Pengurusan Risiko secara ringkasnya adalah satu kaedah mengkaji kemungkinan berlakunya sesuatu kejadian yang akan memberi kesan negatif sehingga membebankan kerajaan dari segi kewangan dan tanggungan termasuk tindakan undang-undang.

Pengurusan Risiko sangat penting dalam konteks kerajaan hari ini memandangkan kedudukan kewangan yang agak terhad dan berdepan pula dengan anasir-anasir yang selalu mencari helah untuk memburukkan kerajaan akibat dari sikap tidak profesional setelah gagal mendapat mandat rakyat.

Sikap tidak mengambil berat tentang risiko-risiko tertentu menyebabkan berlakunya banjir secara mengejut yang berluas-luasa di Ibu Kota Kuala Lumpur kesan dari pembinaan kawasan perumahan ddan kondo yang tidak terkawal atas kepentingan kemajuan.

Terputusnya bekalan dan gangguan elektrik di seluruh negara baru-baru ini juga adalah sebahagian dari kurang perhatian untuk mengkaji kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku apabila perkembangan bekalan tidak dapat memenuhi permintaan.

Sungai-sungai di Kelantan juga akan menerima akibatnya jika semua pihak tidak memberi perhatian serius yang memmungkinkan ianya menjadi kotor, cetek dan kekeringan. Ada laporan-laporan yang disampaikan bahawa terdapat sungai-sungai di pendalaman yang telah  menjadi kotor dan kering akibat berlakunya penebangan hutan yang tidak tersusun oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Mungkin juga penduduk-penduduk di sekitar Pantai Sabak tidak menghadapi masalah hakisan jika suatu pembangunan tidak wujud di sekitar kawasan itu.

Semua kejadian di atas mungkin dapat dikurangkan, kalaupun tidak dapat dielakan sepenuhnya jika peringatan ke atas sesuatu kemungkinan yang akan berlaku di ambil kira semasa penilaian sesuatu program dipertimbangkan diperingkat awalnya.

Pengurusan risiko ini sangat luas bidang liputannya termasuklah soal-soal kewangan , ekonomi, kawalan harta peralatan dan kenderaan-kenderaan jabatan yang begitu banyak dan berharga.

Langkah Pengurusan yang lebih rapi dan teliti terhadap risiko-risiko kemusnahan, kehilangan dan kecurian sudah tentu dapat menyelamatkan banyak kewangan kerajaan setiap tahun. Penguasa-penguasa Tempatan sepatutnya lebih berhati-hati dalam perkara ini kerana ia melibatkan banyak loji-loji dan kenderaan termasuk kerja-kerja Penguatkuasaan, Peraturan Undang-undang dan selau pula akan dicabar jika tersilap langkah dalam menguruskannya.