Peranan pendidikan dan pentadbiran diselarasOleh yang demikian apabila kita mengendalikan sesuatu pentadbiran, baik di peringkat mana sekalipun, kita berkewajipan menyelaraskan segala bentuk pentadbiran itu dengan kehendak Islam. Dai apa yang panting dalam hal ini ialah menyelaraskan apa yang dibuat oleh kerajaan dengan apa yang diberitahu kepada umum dan yang diajar oleh tok guru agama di pondok, guru di sekolah, pensyarah di universiti dan yang kita ajar kepada kanak-kanak kita di rumah; juga, fatwa-fatwa Majlis Agama Islam dan khutbah-khutbah Jumaat.
Kita tidak mahu sesuatu hukum atau undang-undang yang dikatakan haram oleh guru agama di pondok atau di sekolah seperti judi, arak atau permainan yang melalalkan, misalnya, tiba-tiba kerajaan mengeluarkan lesen membenarkan orang berjudi, menjual arak di merata-rata tempat sambil meluluskan juga lesen permainan daripada jenis yang boleh menyebabkan kelalaian kepada orang ramai.
Keadaan sebegini boleh menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Mereka akan jadi serba salah, tidak tahu yang mana satu betul dan harus dlikuti dan yang mana pula tidak betul. Tok guru mengajar agama mengatakan judi itu haram, tiba-tiba kerajaan mengeluarkan lesen untuk orang berjudi. Ini membuatkan orang ramai tertanya-tanya hukum yang mana satukah yang perlu dipatuhi. Tok guru pondokkah yang betul atau kerajaan?
Untuk memberi jawapan yang tepat kepada pertanyaan rakyat terhadap perkara yang sedemikian, pentadbiran berbentuk Islam diperlukan kerana pentadbiran Islam itu menyatukan segala perkara yang terkandung dalam ajaran agama Islam bermula daripada mengucap dua kalimah syahadat hingga kepada lbadat, urusan ekonomi, politil, perhubungan antarabangsa dan lain-lain. Pokok pangkalnya adalah kerana intipati ajaran Islam itu sendiri adalah mentauhid atau mengEsakan Allah, mengesakan manusia dan mengesakan peraturan. Ertinya, kalau sesuatu benda itu Allah mengatakannya haram maka manusia juga mesti kata haram; atau dengan perkataan lain, jika tok guru di pondok atau guru di sekolah dan di universiti mengajar dengan mengatakan sesuatu benda itu haram dari segi hukum agama Islam, maka kerajaan yang memerintah juga mesti membuat peraturan mengharamkan benda itu. Dengan cara demikian barulah hukum Tuhan menjadi selaras dan orang ramai tidak akan merasa kekok kerana peraturan yang dibuat oleh kerajaan serupa dengan. ajaran agama yang diberitahu oleh tok-tok guru.
Memandangkan keselarasan itu penting maka kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah yang diterajui oleh PAS, setelah mengambil alih pemerintahan Negeri Kelantan dalam pilihan raya 1990, telah membuat beberapa perubahan dalam pentadbiran sejajar dengan perjuangan parti ini meletakkan Islam sebagai ad-din untuk keseluruhan cara hidup manusia.
Antara peraturan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan mengikut kehendak Islam ialah menghapuskan pengeluaran lesen judi, mengharamkan permainan yang melalaikan orang ramai seperti billiard, snuker dan video game serta melarang orang bukan Islam menjual dan minum arak di merata-rata tempat yang dulu pernah mereka lakukan. Kita melaksanakan peraturan ini kerana judi itu memang diharamkan Allah sejak dari dulu dan hukum mengharamkan judi bukan sahaja untuk rakyat Kelantan malah untuk semua umat Islam seluruh dunia.
Sehubungan dengan itu juga Kerajaan PAS bersama-sama komponen Angkatan di Kelatnan menganjurkan program tadarus peringkat kerajaan dalam bulan puasa di masjid jajahan seluruh Negeri Kelantan. Tujuannya untuk mengubahkan tradisi bahawa tadarus yang selama ini dianggap kerja tok guru sahaja, sekarang mesti dilibat sama oleh ketua-ketua jajahan dan pegawai-pegawai tadbir termasuk penggawa dan penghulu.
Melalui program tadarus seperti itu kita harap tidak ada lagi anggapan bahawa tok guru itu tugasnya mengajar agama di balaisah (madrasah) atau pusat-pusat pengajian pondok semata-mata manakala kerja-kerja pentadbiran di pejabat-pejabat diserahkan kepada ketua jajahan, penggawa dan penghulu sahaja. Selagi tok guru sahaja yang baca Qur'an dan yang faham tegahan Tuhan dan sebagainya manakala ketua jajahan tidak mengerti, selama itulah simpang siur (penyelewengan) berlaku. Berlaku pentadbiran tidak dapat diselaraskan dengan kehendak agama adalah kerana apa yang tok guru kata haram, ketua jajahan terus juga buat akibat tidak ada perkaitan tujuan sesama mereka, sebagaimana adanya anggapan kebanyakan orang sebelum ini bahawa tidak ada kaitan antara yang mentadbir dengan yang mengajar hukum Tuhan.
Begitu juga dengan pihak tok guru di pondok, jangan semata-mata menganggapkan tempat mereka hanya di balai sah dan di pondok sahaja manakala hal ehwal Dewan Undangan Negeri dan hal ehwal pentadbiran tidak dipeduli langsung kerana dianggap itu bukan tugas mereka.
Keselarasan dalam pentadbiran antara tok guru yang mengajar hukum Tuhan dengan pegawai yang mengendalikan urusan pentadbiran sangat penting diwujudkan setelah kita sekian lama dikelirukan oleh penjajah Inggeris bahawa pentadbiran negeri tidak ada sangkut paut dengan agama, dan guru-guru agama tidak ada hak mencampuri hal ehwal pemerintahan dan pentadbiran negeri. Muslihat Inggeris berbuat demikian adalah supaya mereka dapat menjalankan urusan pentadbiran dengan sesuka hati, sama ada dalam membuat undang-undang mengenai ekonomi negeri dengan mengikut sistem riba atau sebagainya, kerana pihak guru agama tidak boleh menegurnya kerana dibatasi oleh anggapan bahawa politik tidak ada kena mengena dengan agama.
Sebagai seorang Islam juga kita mesti yakin sepenuhnya bahawa sebarang ajaran yang berlainan daripada apa yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad SAW adalah salah, termasuk memisahkan agama dengan pentadbiran negeri sepertimana yang diajar oleh Inggeris. Kita mesti akur kepada ajaran Rasulullah kerana baginda yang merupakan mahaguru daripada segala tok guru di atas dunia ini telah menunjukkan contoh kepada kita bahawa mengendalikan pentadbiran negeri adalah sama sekali tidak dapat dipisahkan daripada agama kerana pentadbiran itu sendiri merupakan satu daripada beberapa bab di dalam agama Islam.
Contohnya, pada masa Nabi Muhammad SAW, masjid dijadikan pusat bagi segala kegiatan Islam. Selain sebagai tempat ibadat, masjid juga berfungsi sebagai pejabat bagi mengendalikan urusan-urusan termasuk perjumpaan Nabi dengan rombongan dari luar negeri, sebagai tempat mengadakan mesyuarat dengan orang Islam mcngenal sesuatu masalah, mengadakan perbincangan dengan orang bukan Islam, melantik panglima perang, bersyarah untuk angkatan tentera yang akan pergi berperang dan bersyarah untuk orang bertahjud. Semuanya ini dilakukan oleh Rasulullah SAW. di dalam masjid sepertimana masjid juga sebagai tempat bersembahyang, berzikir dan beriktikaf.
Jadi, apa yang umat Islam perlu hayati ialah peranan masjid pada zaman Nabi itu sepatutnya berlanjutan sampai sekarang kerana daripada apa yang dilakukan oleh Nabi itu menunjukkan masjid dan pejabat mesti selaras dan sama dari segi peranannya. Begitu juga peranan ketua jajahan yang mengendalikan pentadbiran mesti selaras dengan apa yang diajar oleh tok guru daripada Qur'an. Selain daripada itu ucapan Nabi Muhammad yang dipanggil khutbah yang sentiasa sama sewaktu berucap di dalam atau di luar masjid, harus juga dijadikan contoh oleh umat Islam sekarang. Ini bererti, kita sekarang harus faham bahawa khutbah Jumaat di masjid yang mengandungi lima rukun itu merupakan induk bagi segala ucapan, ceramah dan kuliah, di mana-mana sahaja kerana matlamat utama bagi segala kegiatan itu untuk memberi pcngajaran dan kefahaman mengenai perkara-perkara yang dituntut oleh agama.
Sebab itu segala bentuk ucapan dan syarahan mestilah juga selari dengan lima rukun yang ditetapkan di dalam khutbah iaitu mesti ada unsur-unsur memuiji Tuhan, salawat kepada Nabi, berpesan kepada umat Islam supaya takut dan bertaqwa kepada Allah, membawa ayat Qur'an atau hadis sebagai nas percakapan, dan scterusnya mengenang budi terhadap orang Islam yang masih hidup dan yang sudah mati yang disebut doa kepada muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat supaya hubungan kita sesama Islam di seluruh dunia kekal dan bersambung terus-menerus.