Menghindar kesesatan dalam pentadbiranKita memungut cukai daripada rakyat atau daripada mana-mana sumber mengikut cara yang halal di sisi agama Islam sebab kita yakin seratus peratus kepada sabda Nabi Muhammad SAW.
"Sebarang daging yang tumbuh di badan kita hasil daripada pendapatan baram, maka daging itu akan menjadi bahagian sumbu pelita api neraka."(Hadis)
Kita percaya nabi mana pun di atas dunia ini tidak bercakap secara tidak tentu arah, malah setiap nabi dan rasul itu mesti bercakap benar kerana mereka diajar oleh Tuhan melalui Jibrail. Jadi, berhubung dengan hadis di atas maka kita yakin bahawa sesiapa sahaja yang memakan hasil daripada pendapatan haram tidak kira mereka itu orang kampung, pegawai kerajaan, ahli Exco, Menteri Besar, Perdana Menteri, menteri kabinet dan lain-lainnya maka daging yang tumbuh di atas tulang mereka itu akan menjadi sumbu api neraka di akhirat kelak sepertimana hadis tadi:
"Api neraka memamah daging itu di akhirat kelak."
Oleh kerana Nabi Muhammad SAW. yang dilantik oleh Allah merupakan orang tengah di antara manusia dengan Tuhan, mahu tidak mahu kita mesti belajar hal Nabi, yakni belajar apa yang baginda beritahu, belajar perkara yang baginda buat, manakala perkara yang disuruh dan dilarang baginda, kita mesti patuh. Kalau tidak, kita akan tergamam-gamam apabila bangun dari kubur di akhirat kelak kerana berdepan dcngan suasana yang dia tidak pernah pelajarinya.
Dengan demikian, kita sebagai umat Islam tidak boleh lari daripada mencontohi Nabi Muhammad SAW dalam segala bidang termasuk urusan pentadbiran negeri kerana setiap yang dilakukan oleh Rasulullah itu adalah berdasarkan wahyu yang datang daripada Allah SWT. yang meliputi keseluruhan aspek hidup dengan tujuan tidak lain daripada menunjukkan jalan selamat kepada manusia di dunia dan di akhirat. Sebab itu mereka yang berpedoman kepada Qur'an dan hadis Rasulullah tidak akan sesat kerana Tuhan telah pun menyediakan garis panduan yang lengkap di dalam Qur'an tu termasuk bermacam-macam jenis undang-undang dan peraturan.
Bagaimanapun, istilah 'sesat' itu tidak ada dalam fahaman sekular. Apa yang ada hanya betul atau salah dengan peraturan yang mereka reka sendiri. Sebaliknya, dalam Islam apabila seseorang itu sesat bererti dia telah menyeleweng daripada landasan yang ditetapkan oleh agama. Atau, dengan perkataan lain dia telah melencong dari jalan untuk menuju ke syurga yang menjadi matlamat dan hasrat Nabi Muhammad SAW. yang menyatakan kepada Tuhan bahawa baginda tidak mahu melihat seorang pun daripada umatnya berada dalam neraka di akhirat kelak.
Sebab itu pentadbiran Islam yang berpandu kepada ajaran Nabi Muhammad mencakupi bidang yang lebih luas untuk mewujudkan suasana damai sesama manusia di dunia bagi menuju ke arah yang diredhai Allah di akhirat.Sebagai contohnya, untuk mewujudkan asas kedamaian dan ketenteraman hidup di dunia, Islam menganjurkan umatnya supaya memberi salam kepada orang Islam lain sama ada orang itu kita kenal atau tidak dengan ungkapan: Assalamu alaikum' yang bermaksud: 'Selamatlah anda (dan anak isteri anda).' Ertinya, dengan salam itu kita berikrar tidak akan mengganggu dan mengkhianati rumah tangga dan harta benda juga segala-gaala kepunyaan orang yang kita beri salam itu. Kemudian pihak yang menerima salam itu pula akan menjawab, 'Wa alaikumussalam'., maksudnya: 'Saya pun begitu juga.' Ini merupakan ikrar antara seorang Islam dengan seorang Islam lain dan perkara ini jika diamal dengan penuh rasa mendalam, mencecah lubuk hati, insya' Allah, keamanan yang dikehendaki itu akan tercapai. Dengan ini Islam mendidik manusia bahawa keamanan rumahtangga dan negara mesti dimulakan daripada cetusan hati sendiri. Selepas itu barulah diletakkan ke atas polis/tentera.
Dengan mengambil contoh daripada Nabi Muhammad SAW juga Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah Kelantan, sejak awal-awal lagi memegang teraju pemerintahan negeri ini, membuka sesuatu majlis atau mesyuarat dengan membaca Fatihah kerana di dalam fatihah ada satu doa:
yang bermaksud: 'Wahai Tuhan, tunjuklah kepada kami jalan yang benar.'
Maknanya, dalam membuat apa-apa kerja sekalipun baik menyentuh ekonomi, sosial dan budaya, tidak boleh tidak kita perlu meminta hidayat Allah SWT kerana dengan hidayat Tuhan sahajalah
adanya jaminan bahawa manusia dapat mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Berdasarkan ini, pada setiap kali hendak memulakan mesyuarat termasuk mesyuarat Exco, saya meminta para anggota mesyuarat membaca Fatihah agar menumpukan renungan mereka apabila membaca ayat di dalam Fatihah itu, semoga Tuhan membuka pintu hati masing-masing untuk menyelesaikan bermacam-macam perkara yang ada di dalam fail yang akan dibincangkan itu. Dengan cara itu bererti kita meminta kepada Allah supaya perkara yang akan dibuat keputusan dalam mesyuarat itu terelak daripada pengaruh pilih kasih, rasuah dan sebagainya.
Ertinya, memohon hidayat Allah itu perlu dibuat supaya sebarang kerja yang hendak kita lakukan atau peraturan yang kita hendak laksanakan itu menjadi selaras dengan kaedah yang Tuhan buat di dalam Qur'an. Setelah mendapat hidayat, kita tidak teragak-agak untuk mengambil sesuatu keputusan seperti menutup pusat-pusat permainan video, biliard dan judi walaupun daripada tindakan itu kita mengalami kerugian dari segi pendapatan negeri kerana tidak membenarkan lesen berkenaan dikeluarkan. Bagaimanapun, oleh kerana kita yakin langkah itu sejajar dengan kehendak Tuhan dan kita membuat keputusan itu dengan hidayat-Nya, kita sama sekali tidak merasa rugi, bahkan beruntung kerana dapat mengelakkan orang ramai daripada melakukan kerja yang tidak mcndatangkan manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat. Dengan langkah itu juga kita merasa satu daripada tanggungjawab kita kepada Allah dalam melaksanakan dasar Islam telah dapat dilakukan dengan jayanya.
Sehubungan dengan ini, kita tamatkan sesuatu majlis dengan membaca doa kafarah kerana Nabi memberitahu bahawa mana-mana majlis yang tamat tanpa membaca doa kafarah adalah 'abtar' -yakni kudung kepala dan kudung ekor. Benda-benda itu tidak harus dipandang kecil oleh umat Islam kerana setiap yang diberitahu oleh Nabi itu tentunya mempunyai hikmat tertentu.
Dalam kaitan ini kita harus faham secara mendalam bahawa asas pengertian terhadap pentadbiran Islam bukan kerana menanam perasaan takut kepada pihak berkuasa sahaja apabila membuat sesuatu perbuatan vang ditegah di atas dunia ini tetapi yang lebih penting dan lebih bererti bagi manusia yang ada nabi dan ada agama ialah takut kepada Tuhan di dunia dan di akhirat. Berdasarkan kepada fikiran lojik sekalipun, lebih-lebih lagi kalau kita tilik dari sudut agama, hidup kita di atas dunia ini bersambung rapat dengan akhirat seperti mana muda bersambung dengan tua.
Oleh kerana itu semasa di atas dunia ini, kita umat Islam mesti bertanggungjawab memikul agama dengan menjaga keselamatan negeri mengikut cara yang dikehendaki Allah Yang Maha Kuasa. Ini bersesuaian dengan hikmat atau tujuan kita mengatakan: 'Allabu Akbar,' di dalam azan, takbir sembahyang, takbir pada Hari Raya dan lain-lain, iaitu bagi mengingatkan manusia bahawa tidak ada benda yang lebih mustahak dan paling penting untuk diberi tumpuan kecuali kepada Allah SWT.
Maknanya, segala hukum Allah, tegur ajar Allah, undang-undang Allah dan perintah Allah yang mesti kita beri tumpuan sepenuhnya itu adalah besar, yang bererti sangat penting, sangat mustahak dan utama. Sebab itulah ketika bersembahyang, selepas membaca Allabu Akbar', kita baca:
yang membawa maksud,'Wahai Tuhan, aku tumpukan perhatian aku kepada tuhan yang menjadikan langit dan bumi.'
Siapa yang tidak nampak betapa raksasa langit dengan cekerawala yang bergayut, dengan putarannya yang tersusun rapi? Dengan tumpuan sepenuh itu, hati kita akan merasa khusyuk dan dari situ nampaklah kebesaran Allah SWT. baik dari segi mana sekalipun. Dan daripada kesedaran yang mendalam itu juga kita akan sanggup menerima perintah Allah dengan hati yang penuh rela dan insaf.