FALSAFAH PENTADBIRAN PEMBANGUNAN KERAJAAN ANGKATAN:
KETAQWAAN SEBAGAI FAKTOR PENGELUARANIlmu ekonomi konvensional selalunya melihat tanah, buruh dan modal sebagai faktor-faktor pengeluaran. Ada juga ahli ekonomi yang merujuk kepada keusahawanan (entrepreneuship) sebagai salah satu faktor pengeluaran yang penting. Sistem kapitalisme moden bermula dengan Adam Smith yang menekankan peri pentingnya kepentingan diri (self-interest) yang akhirnya menonjolkan aspek individuafisme sebagai aspek terpenting sistem kapitalisme.Prinsip kepentingan diri dan undang-undang tabie (natural law) telah melorong sistem kapitalisme bersifat "laiysez-faire.”
Asas teori kepentingan diri yang dikemukakan oleh Adam Smith menyebut bahawa manusia selalunya mementingkan dirinya dan manusia sekiranya dibiarkan bersendirian akan menjadi hakim yang terbaik bagi kepentingan dirinya dan akan memaksimakan kepentingan tersebut. Andaian asas Smith seterusnya ialah kebajikan masyarakat adalah merupakan keseluruhan kebajikan individu dan tiap-tiap individu yang mencuba sedaya upaya untuk menjadi manusia yang terbaik dalam masyarakatnya adalah juga akan tergerak untuk meningkatkan kebajikan awam (public good). Di peringkat kolektif ini unsur luar yang menggerakkan anggota masyarakat disebut oleh Smith sebagai "tangan ajaib" pasaran. Tuntutan kolektif ini secara hakikatnya bercanggahan dengan penekanan kepada peri pentingnya aspek kepentingan diri. Peminggiran aspek moral amatlah jelas dalam pertimbangan sistem kapitalisme dan fenomena ini mempunyai setidak-tidaknya dua implikasi penting. Pertama, matlamat kolektifnya untuk mewujudkan kebajikan awam pada hakikatnya dihalangi dan ditenggelami oleh kewujudan monopoli; dan kedua, sistem kapitalisme memberi perhatian yang lebih kepada faktor modal dari faktor lain dalam proses pengeluaranya. Faktor buruh yang bersifat 'kemanusiaan' telah diberi peranan sekunder. Faktor monopoli yang didorong oleh keuntungan yang maksima dengan kos yang minima dan penekanan kepada faktor modal telah membantut wujudnya satu sistem pengagihan yang merata dan adil (distributive justice).
Tujuan kita mengemukan secara terperinci ciri-ciri sistem kapitalisme di atas adalah untuk menonjolkan satu hakikat penting bahawa falsafah pembangunan yang diterokai oleh Kerajaan Angkatan adalah merupakan satu model pembangunan yang pada hakikatnya berbeza dengan model kapitalis. Model altenatif yang dikemukkan oleh Kerajaan Angkatan yang berteraskan Islam adalah bertujuan untuk menghindari aspek-aspek negatif dan yang bercanggahan yang lahir dari model pembangunan kapitalis.
Dari sudut faktor pengeluaran, pentadbiran Kerajaan Angkatan berdasarkan kepada reahti semasa telah memberi penekanan kepada faktor kemanusiaan iaitu faktor buruh, telah mengatasi faktor modal. Menerusi model UBUDIYAH, Pembangunan insan telah dijadikan sebagai program yang utama. Insan yang Taqwa adalah juga insan yang pro-aktif dan produktif. Insan yang bertaqwa adalah bekerja keras dan tidak rasuah dan membazir. Islam sendiri lebih menyebelahi buruh dari modal dalam proses pembangunan ekonomi. Faktor tanah telah juga diberi penekanan dalam memenuhi keperluan asas (dharuriah) dan ini sesuai dengan pendekatan keperluan asasi basic needs approach dalam ekonomi. Dalam hal ini Kerajaan Angkatan lebih mengutamakan pemberian hak milik tanah baru daripada menaikkan bayaran cukai tanah yang sedia ada. Pendapatan Kerajaan Negeri akan bertambah apabila pemilik-pemilik tanah baru membayar cukai. Pendekatan ini amat tidak membebankan rakyat.
Pendekatan ubudiaah melalui pembangunan insan akan mempastikan kerajaan tidak bersifat atau meminda ciri authoritarianisme dan sekaligus menggunakan pendekatan-pendekatan persuasion ( bil-hikmah ) bukan coercion dalam menyelesaikan masalah rakyat. Dalam hal ini kerajaan tidak perlu menggunakan pendekatan fizikal yang tidak flexible (misainya melalui kenaikan cukai tanah yang mendadak) bagi mempastikan berlakunya pengagihan keadilan (distrbutive justice) dalam masyarakat. Pendekatan ubudiaah melalui pembangunan insan akan dapat menghindari kemelut yang dihadapai oleh ekonomi kapitalis moden di mana berlakunya fenomena,
“..capital and labor confronting one another as they do today, the situation makes government involvement and heavy taxation necessary for a heavy distribution of wealth" (James D. Forman, 1973: 99)
Apa yang menarik dari petikan diatas ialah berlakunya kontradiksi dalaman ( internal contradiction) dalam sistem kapitalis moden di mana pertentangan di antara buruh dan modal dan sistem percukaian yang menekan tidak mungkin melahirkan 'a healthy distribution of wealth' dalam ertikata berlakunya pengagihan keadilan (distributive Justice ). Ini adalah kerana sistem kapitalis moden masih lagi mencari kerangka nilai untuknya berpaut atau dalam kata-kata pengarangnya, 'Capitalisme is recovering from its obsession with productivity and wondering abaut values over and obove pure consumer affluence' (James D. Formen, 1973:107)'
Secara umumnya dapatlah dikatakan babawa pendekatan pentadbiran Kerajaan Angkatan dalam menangam masalah pembangunan ekonomi tidak hanya mengambil kira semata-mata pertumbuhan fizikal ekonomi itu sendiri (contohnya dalam perkiraan perkapita) tetapi memberi keutamaan kepada kesejahteraan dimensi kemanusiaannya. Bagi Kerajaan Angkatan aspek kemanusiaan yang Islami seharusnya menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Dalam istilah Khurshid Ahmad, pendekatan ini juga dikenali sebagai pelaburan dalam manusia (investment in man approach) (Khurshid Ahmad, 1979:9). Ini memperlihatkan betapa pentingnya peranan 'human capital' (termasuk buruh) dalam proses pembangunan ekonomi dan ianya dapat menyelesai kontradiksi dalaman sebagaimana yang dialami oleh sistem ekonomi kapitalis moden.
Falsafah pembangunan di atas turut disokong oleh bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Razak Salleh apabila beliau menegaskan "konsep pembangunan Negeri Kelantan pada prinsipnya mengutamakan pembangunan manusia secara seimbang dalam aspek fizikal dan mental dengan tujuan untuk menjalinkan suatu perpaduan yang menyeluruh di kalangan masyarakat..."(1993:3). Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri seterunya melihat bahawa bentuk pembangunan yang beliau gariskan di atas melibatkan dua ciri penting iaitu pembangunan fizikal yang biasa dan pembangunan ke arah apa yang beliau sifatkan sebagai "menyiapkan sempadan baru pemikiran ummah berlandaskan Islam sebagai Ad-din". Sebenar gagasan kearah "menyiapkan sempadan baru pemikiran ummah" telahpun bermula dengan lancar dalam program-program yang dikemukakan oleh Kerajaan Angkatan selama empat tahun pentadbirannya dalam usaha merealisasikan tuntutan manifesto pilihanraya “Membangun Bersama Islam”.
Dari sudut perancangan pentadbiran "sempadan baru pemikiran ummah" yang berlandaskan falsafah "Membangun Bersama Islam" hendaklah digerakkan oleh tiga prinsip utama iaitu Itqaan (kemahahiran), Ubudiyah (Pengabdian) dan Mas'uliah (Pertanggungjawaban). Seluruh sistem pentadbiran harus merujuk kepada tiga prinsip penting ini. Perlu juga dijelaskan di sini bahawa prinsip Ubudiyyah sepatutnya berada di tempat yang terpenting kerana tugas asasi seseorang pentadbir atau pemimpin adalah untuk mengabdikan dirinya kepada Allah, kerana inilah tujuan kehadirannya di dunia ini. Rasa pengabdian dan ketaqwaan yang tinggi akan sekaligus menjadikannya seorang yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugasnya (sekaligus memenuhi tuntutan prinsip Mas'uliyah). Mungkin seorang pentadbir atau pemimpin kurang memiliki tuntutan itqaan tetapi ianya mempunyai tahap Ubudiyah yang tinggi ianya akan menjadi seorang pekerja yang lebih baik daripada seorang yang mempunyai kelayakan ltqaan yang tinggi tetapi nilai Ubudiyahnya kosong. Pekerja yang hanya memiliki kelayakan ltqaan tidak akan patuh kepada prinsip Mas’uliyah sepenuhnya. Jenayah kolar putih yang heboh diperkatakan saban hari yang berlaku di peringkat negara adalah akibat langsung dari hakikat ini.
Seorang pemimpin atau pentadbir yang gerak kerjanya diikat dengan prinsip ubudiyah akan melancarkan beberapa perubahan (politik dan pentadbiran) yang pada pandangan umum adalah bersifat "biasa", walhal perubahan-perubahan tersebut adalab pada hakikatnya perubahan-perubahan yang "radikal". Ini amat selari dengan tuntutan dan semangat Al-Quran yang menekankan hakikat bahawa Islam adalah suatu ajaran yang "senang" dan "mudah", cuma manusia yang menyulitkan. Harus juga difahami di sini bahawa Islam hanya "mudah" bagi mereka yang beriman (atau dalam konteks perbincangan kita mereka yang terikat dengan prinsip 'Ubudiyah yang tinggi). Gambaran umun ini dapat direalisasikan bahawa dalam masa setahun sahaja Kerajaan Angkatan memerintah terdapat sebanyak 42 perubahan baru diketengahkan. Sebahagian besar dari perubahan ini nampaknya senang, yang pada hakikatnya merupakan perubahan yang "radikal" dalam ertikata lainnya melibatkan perubahan "gaya hidup" (life style) dan juga "pandangan hidup" (weltchantung) atau tasawwur seseorang. Ambil saja satu contoh iaitu perubahan yang dibuat ke atas adab membuka majlis dan menutup majlis. Kerajaan Angkatan telah mengarahkan semua majlis dimulakan dengan membaca Surah Al-Fatihiah dan menutupnya dengan membaca Surah Al-Asr dan Tasbih Kifarah. Langkah ini diambil atas perkiraan untuk menjadikan semua aktiviti sebagai satu ibadat dan seterusnya mendapat keberkatan dari Allah. Amalan ini sudah semestinya harus diperluaskan kepada aktiviti-aktiviti bukan kerajaan agar menjadi amalan hidup semua rakyat.
Secara perbandingannya amalan Kerajaan sebelum Angkatan memulakan majlis dengan bertepuk tangan, laungan-laungan hidup seseorang, menyanyi dan sebagainya. Keadaan ini memperlihatkan bahawa weltchantung Kerajaan Barisan Nasional menitik beratkan aspek-aspek keseronokan bukan keberkatan dan ketaqwaan. Secara kesimpulannya dari sudut penyokong Barisan Nasional perubahan ini adalah sesuatu yang "payah" kerana ianya mencabar dan menghiris sistem nilai (value system) hidupnya.
Satu lagi contoh perubahan yang "simple" yang mempunyai implikasi yang "besar" ialah pemotongan elaun Menteri Besar sebanyak 45 peratus dan lain-lain pemimpin politik adalah merupakan satu usaha serius untuk mewujudkan satu gaya hidup yang sederhana di kalangan pemimpin politik. Gaya hidup yang mewah (affluent) akan mewujudkan satu jurang sosial (social distance) antara pemimpin dan rakyat yang akhirnya menggagalkan pelaksanaan polisi kerana tidak adanya sokongan dari bawahan (grassroots). Gaya hidup yang mewah juga akan menggalakkan pembaziran sumber atau dalam kata-kata Thorstein Bunde Veblen, ahli ekonomi dan pengkritik sosial yang terkenal akan melahirkan "conpicous consumption". Daripada 42 perubahan yang dipelopori oleh Kerajaan Angkatan sehingga Mei 1991 terdapat lima inisiatif yang bersifat ekonomi. Perubahan ini melibatkan pengwujudan Tabung Serambi Mekah, peruntukkan khas sebanayak RM250,000.00 untuk Skim Galakan Pelaburan. Memindahkan simpanan tetap dana kerajaan dari bank riba kepada Bank Islam, pinjaman secara Islam kepada kakitangan Kerajaan Negeri dan menghapuskan tender-tender balak secara runding seperti yang telah diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada tender secara terbuka. Sungguhpun lima perubahan yang boleh dianggap secara spesifiknya perubahan ekonomi ini adalah selari dengan pembangunan Kerajaan Angkatan yang melihat "human capital" sebagai faktor penting dalam proses pembangunan. Secara lebih khusus Kerajaan melihat faktor moral sebagai salah satu fakor pengeluaran yang penting. la juga merujuk kepada hakikat bahawa faktor bukan ekonomi (non economic factor) adalah integral dalam rangka pembangunan ekonomi. Sebagai contohnya pengharaman judi dan konsert rock, video games dan snooker ada kaitannya dengan hasrat untuk melahir tenaga kerja yang produktif dan sekaligas akan menyelesaikan masalah underemployment hasil dari guna tenaga yang tidak penuh kerana potensi sebenar tenaga kerja terbantut oleh aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah, yang melalaikan.
Amatlah menarik di mana dalam kes-kes tertentu seperti memindah simpanan tetap Kerajaan Negeri dari bank riba kepada Bank Islam dan pinjaman (kenderaan dan rumah) secara Islam kepada kakitangan kerajaan, nampaknya Kerajaan Angkatan lebih terkedepan berbanding dengan Kerajaan Pusat. Ironisnya, Bank Islam adalah ciptaan Pusat tetapi Kerajaan Pusat tidak bersedia untuk memindahkan kesemua dananya kepada Bank Islam. Merujuk kepada kes ini apa yang dapat ditafsirkan ialah Kerajaan Angkatan Pimpinan PAS mempunyai keazaman politik (political will) yang lebih komited dan menyeluruh dalam usaha-usaha Islamisasinya, didorong oleh keinginan untuk mewujudkan sebuah negara atau pentadbiran Islam secara total akhirnya.
Dalam tahun 1991/92, di antara perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan Angkatan yang amat menonjol ialah pengenalan Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-rahn) pada Mac 1992. Projek ini mendapat sambutan yang baik di mana tiga bulan selepas pelancarannya seramai 11,239 pelanggan telah mendapat manfaat; dan dalam bulan September tahun penubuhannya Ar-Rahn telah mula menerima pelanggan bukan Islam (Buletin, Oktober 1992). Berdasarkan kepada hakikat bahawa buat masa ini Kerajaan Terengganu dan Bank Rakyat telah juga memperkenalkan Sistem Ar-Rahn dan Kerajaan Pusat telah melaksanakan Sistem Pinjaman Secara Islam kepada kakitangannya, ini bererti Kerajaan Kelantan telah memainkan peranan sebagai pemangkin (catalyst). Ini membenarkan tanggapan umun bahawa Kerajaan Angkatan pimpinan PAS yang kuat akan menyumbang kepada kekuatan Islam di Malaysia secara keseluruhannya dan demikianlah sebaliknya.
Dari perbincangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa usaha-usaha Kerajaan Angkatan mengemukakan reformasi pentadbiran yang berteraskan Islam adalah merupakan usaha-usaha yang gigih dan menyeluruh. Kuasa autonomi negeri yang terhad yang diperuntukakan di bawah Perlembagaan Persekutuan telah digunakan secara maksima dan hikmah oleh Kerajaan Angkatan bagi merealisasikan cita-cita menjadikan Islam sebagai "cara hidup" (Addin).