Fungsi

    Fungsi utama PKS adalah untuk menjalankan kajian-kajian yang meliputi bidang-bidang agama, sosial, ekonomi, pentadbiran, pembangunan dan juga politik.  Oleh itu pelbagai kegiatan PKS adalah sesuai dengan fungsi dan objektifnya.

Di antara kegiatan itu:

  • Mengenal pasti pelbagai masalah dan isu yang ada kaitan dengan bidang-bidang agama, sosial ekonomi dan pentadbiran pembangunan.
  • Menjalankan kajian khusus untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang ditemui.  Hasil kajian dikumpul untuk dikemukakan kepada kajian di dalam bentuk penubuhan dasar, penilaian ke atas dasar dan juga mungkin penggubalan dasar baru bagi memenuhi kehendak masyarakat yang lebih canggih di masa depan.  Hasil kajian adalah penting bagi melengkapkan kerajaan dengan asas pembuatan keputusan yang kukuh.  Perubahan yang berlaku di dalam masyarakat dan masa depan yang tidak menentu memerlukan kepada kajian rapi.
  • Menjalankan kajian ke atas cadangan-cadangan dasar yang dikemuakan oleh orang ramai melalui penyertaan kumpulan profesional dan kumpulan-kumpulan lain.
  • Menganjur seminar, forum dan lain-lain bentuk perbincangan serius ke atas pelbagai isu semasa atau jangka sederhana dan panjang yang meliputi bidang-bidang yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
  • Mempastikan jumlah dan mutu maklumat mengenai bidang-bidang yang dipertanggungjawab disimpan dengan rapi untuk kegunaan.