HAKIKAT SEJARAH
Proses sejarah adalah bersifat "pusingan" (cyclical) dan kenyataan ini juga amat bertepatan dengan Syariah Islam. Dalam hal-hal yang tertentu terdapat persamaan dari segi komitmen pihak pentadbiran negeri dalam usaha untuk merealisasikan peraturan dan undang-undang Islam di antara Kerajaan Kelantan sebelum campurtangan pihak Inggeris dengan kerajaan Angkatan Kelantan hari ini. Aspek persamaan sejarah harus ditonjolkan atas beberapa perkiraan, antaranya pentadbiran Islam yang ada pada hari ini mesti dipertahankan kerana ianya berada pada 'pusingan' yang boleh mengangkat martabat Islam. Sebab lain yang penting ialah hakikat bahawa apa yang berlaku sekarang, dalam hal-hal yang tertentu, pernah berlaku sebelum ini, maka masyarakat umun khususaya masyarakat di luar Kelantan tidak liarus sangsi malah harus memberi sokongan yang padu ke atas usaha-usaha Kerajaaan Angkatan yang ingin merealisasikan sepenuhnya peraturan dan undang-undang Islam.

Realiti sejarah telah memperakui hakikat bahawa Kelantan pernah, pada masa-masa tertentu, mempraktik hukum-hukum Islam sama seperti apa yang berlaku di zaman kerajaan Melayu Melaka, terdapat Raja-Raja yang memerintah Kelantan yang telah menjadikan Islam sebagai sumber kepada sistem pentadbiran Negeri. Perubahan ke arah ini jelas berlaku bermula pada tahun 1838 apabila Tengku Long Senik Mulut Merah (Yang digelar Al-Sultan Muhammad II telah ditabalkan sebagai Al-Sultan Kelantan. Beliau telah memperkenalkan satu perubahan yang radikal terhadap sistem pentadbiran negeri di mana sistem "Jemaah Ahli Mesyuarat" telah diwujudkan. Sistem "Jemaaah Ahli Mesyuarat" adalah terdiri dari pelbagai "portfolio" yang dikenali sebagai "Jemaah Menteri" yang dipengerusikan oleh seorang pembesar yang dianggap pakar dalam bidang yang berkenaan (Mohd Husin Khalii Hj Awang, 1970:68-71). Sistem pentadbiran yang diperkenalkan ini mempunyai banyak persamaan dengan sistem Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) yang ada sekarang, di mana ahli-ahli EXCO adalah berfungsi sebagai Pengerusi kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa tertentu. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah wujudnya "Jemaah Menteri" Keadilan dan Kehakiman di mana kedudukan Mufti adalah lebih utama dari kedudukan Hakim di mana Mufti telah berperanan sebagai Ketua Hakim. Di bawah Mufti ialah Qadhi yang bertanggungjawab dalam sebarang guaman yang melibatkan hukum Syara'. Kedudukan Hakim di tempatkan di bawah Qadhi dan mereka adalah bertanggungjawab di dalam sebarang guaman yang tidak bersangkut paut dengan Hukum Syara'. Amatlah jelas di sini Sultan Muhamad II telah menjadikan sistem perundangan Islam sebagai yang tertinggi (supreme) dalam hiraki pentadbiran negeri. Tidaklah juga keterlaluan dikatakan di sini babawa nama beliau telah terpahat dalam sejarah Kelantan sebagai seorang Sultan yang paling unggul dan kehebatan Baginda ada kaitan langsung dengan usaha-usaha Baginda mendaulatkan Islam.
Usaha-usaha untuk meletakkan Islam di tempat yang tinggi yang diterokai oleh Sultan Muhammad II telah diteruskan oleh Sultan-Sultan berikutnya. Misalnya pada tahun 1889 Sultan Muhammad III (Long Kundor) telah melakukan satu pembaharuan yang berani dengan menitahkan bahawa segala dasar undang-undang keadilan dalam sebarang guaman samada jenayah atau mind (civil) harus berlandaskan Hukum Syara' dan Hukum Hudud telah juga dikuatkuasakan di mana pencuri telah dipotong tangan (Mohd Husin Khaiii Hj. Awang, 1970:88).

Begitu juga usaha-usaha yang telah dibuat oleh Sultan Mansor yang menduduki takhta pemerintahan pada tahun 1891 telah meneruskan polisi yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad III dalam usaha Baginda mendaulatkan Hukum Syara'. Di samping itu Baginda juga selalu berdampingan dan amat menyanjungi golongan 'Alim Ulama'. Golongan Ulama' banyak menasihati baginda dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan pentadbiran Negeri. Minat Baginda terhadap Islam telah sekali lagi terbukti apabila Baginda memperkenalkan Kod Pakaian pada tahun 1899 (ibid:92). Perubahan pakaian ini dirasakan perlu untuk diimplimentasikan supaya pakaian harian rakyat lebih mencerminkan nilai-nilai Islam. yang lelaki misainya, digalakkan memakai kain sarong dan baju teluk belanga. Sebelum ini orang lelaki biasanya memakai sehelai kain lepas diikat bengkung dan sehelai tengkolok (kain setangan) serta diselit sebilah keris. Kaum wanita juga digalakkan untuk memakai kain sarung, baju kurung dan sehelai kain tudung kepala. Sebelumya kaum wanita hanya memakai kain sarong dan kain berkembang (seperti pakaian wanita di Bali Indonesia) yang mendedahkan sebahagian dari auratnya. Rakyat Kelantan menyambut baik perubahan ini di samping berjalannya satu sistem penguatkuasaan yang berkesan.

Begitulah beberapa episod dari sejarah Negeri Kelantan yang jelas menunjukkan bahawa Islam telah didaulatkan dalam sistem pemerintahan Negeri dan usaha-usaha Kerajaan Angkatan sekarang untuk mengangkat semula martabat Islam tidak perlu diragui dan disangsi kerana ianya sejajar dengan realiti atau hakikat sejarah Negeri Kelantan itu sendiri. Sejarah telah berulang kembali dan "pusingan" sejarah ini harus dipertahankan supaya ianya tidak lagi undur kebelakang tetapi terus maju kedepan dengan membesarkan "pusingannya".