PENUTUP

Falasafah politik Barisan Nasional ialah falasafah pembangunan fisikal dan material semata-mata, dan falasafah ini apabila telah diamalkan terbukti berjaya dan telah memberi upaya hidup kepada Barisan Nasional lebih dari tiga dekad kebelakangan ini.

Berasaskan kepada bukti kejayaan yang terserlah ini, serta berkeyakinan penuh pemimpinnya bahawa falasafah ini menemui kesesuaianya dengan realiti masyarakat di Malaysia, Barisan Nasional akan terus mengabadikan falasafah pembangunan fisikal ini dan ia tidak akan berhenti di sebarang paras yang dikira boleh membantutkan usahanya yang menentukan survival politiknya.

Bersendikan keyakinan ini juga, Barisan Nasional akan terus melakukan apa sahaja yang difikirkan perlu dan seterusnya akan membentuk dasar, meminda Perlembagaan, mewujudkan undang-undang baru dan memansuhkan undang-undang, lama yang dikira tidak sesuai, serta mengubahsuai sistem pentadbiran, dan di dalam prosess itu akan menghakis kuasa-kuasa Negeri, khususnya mengenai tanah dan hasil buminya.

Majlis Raja-Raja Melayu yang selama ini dianggap sebagai kuasa pemnimbal kepada pembahagian kuasa, serta penjamin kepada Perlembagaan Malaysia, berada di dalam keadaan yang begitu lesu dan dikhuatiri tidak akan berfungsi seperti diharapkan.

Disamping itu dengan bertambahnya immuniti pihak Executive, serta keghairahan pihak pemimpin Persekutuan dengan pembangunannya (dan yang lebih penti-ng demi survival mereka) kerajaan Barisan Nasional akan terus bertindak membenteras apa jua yang dianggap "penghalang" kepada nafsu rakus mereka, sehingga mereka memiliki kuasa sepenuhnya di atas apa, yang selama ini disenaraikan sebagai urusan Negeri.

Bertolak dari situ, maka Negeri-Negeri Melayu mungkin di dalam jangkamasa tidak sampai tiga dekad dari sekarang, akan tinggal sebagai simbolik sahaja. Malayan Union yang dipelopori oleh MacMachael di dalam tahun 1946 mungkin gagal, tetapi kini, hantu Macmichael menjelma kembali.

Wallah hu wallam.

Disediakan oleh:-
DATO HISHAMUDDIN BIN HAJI YAHAYA