RUMUSAN
Oleh kerana kajian ini dibuat secara rambang dan menggunakan soal selidik berbentuk "terkawal" sudah pasti hubungkait maklumat adalah sederhana. Meskipun begitu penemuan kajian ini memberi pentafsiran umum mengenai gelagat pengguna dan peniaga dalam tempoh bandingan; sebelum, semasa dan selepas bulan Ramadhan:1. Anggaran pendapatan peniaga (dari 21 jenis perniagaan) didapati hampir sama bagi tempoh sebelum dan selepas Ramadhan.
Misalnya gerai minuman:
a. Sebelum - RM600.00
b. Semasa - RM 450.00 (kurang RM150.00/ 25.0%)
c. Selepas - RM500.00 (menambah RM150.00/ 33.3%)2. Ada pula jenis perniagaan yang begitu meningkat pendapatannya pada bulan Ramadhan dan merosot pula selepasnya.
Misalnya pendapatan sebelum ditolak kos bagi kedai runcit:
a. Sebelum - RM28500.00
b. Semasa - RM34500.00 (menambah RM6000.00/ 21.1%)
c. Selepas - RM31500.00 (kurangan RM3000.00/ 8.7%)3. Jenis perniagaan tertentu pula didapati gelagat pengguna tidak dipengaruhi oleh suasana bulan Ramadhan
Misalnya anggaran pendapatan bersih peniaga perkakas dapur:
a. Sebelum - RM1700.00
b. Semasa - RM1200.00 kurangan RM500.00/ 29.4%)
c. Selepas - RM2000.00 (menambah RM800.00/ 66.7%)4. Ada pula jenis perniagaan yang benar-benar dipengaruhi oleh suasana bulan Ramadhan.
Misalnya pendapatan bersih peniaga pakaian:
a. Sebelum - RM600.00
b. Semasa - RM1500.00 (menambah RM900.00/ 150%)
c. Selepas - RM400.00 (kurangan RM1100.00/ 73.3%)Misalnya lagi pendapatan bersih peniaga sayur:
a. Sebelum - RM2100.00
b. Semasa - RM3000.00 (menambah RM900.00/ 42.9%)
c. Selepas - RM2100.00 (kurangan RM900.00/ 30.0%)Misalnya pendapatan peniaga kuih:
a. Sebelum - RM4500.00
b. Semasa - RM6000.00 (menambah RM1500.00/ 33.3%)
c. Selepas - RM3000.00 (kurangan RM3000.00/ 50.0%)5. Para penguna sebenarnya lebih menumpukan kepada barangan berkait dengan bulan Ramadhan. Oleh itu, didapati banyak jenis perniagaan yang ada hubungkait dengan suasana puasa memperolehi pendapatan yang menambah pada kadar lebih 30 peratus seperti pakaian, sayur dan kuih.
6. Sementara para pengguna adalah tidak menumpukan berbelanja dalam barangan tertentu kerana dipengaruh oleh suasana Ramadhan. Oleh itu, jenis perniagaan tertentu tidak mengalami penadapatan menambah pada bulan Ramadhan seperti gerai minuman dan perkakas dapur.
Sekian.
Disediakan oleh:
Wan Nik Yussof Ngah,
Pembantu Penyelidik (Strategi)
Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan
19 Z' kaedah 1416/8 April 1996