SINOPSIS
Telah diperakui umum bahawa aspek pentadbiran sesebuah negara atau negeri tidak hanya merujuk secara khusus kepada nilai dan tingkah laku birokrasi tetapi ianya juga cerminan kepada sistem politik dan masyarakat umumnya. Tanggapan umum ini boleh dianggap sebagai landasan tioritis bagi menyoroti perkembangan pentadbiran Kerajaan Angkatan dari tahun 1991 hingga 1995. Peranan pentadbiran yang agak luas ini adalab sejajar dengan definisi 'Pentadbiran Pembangunan' yaiig telah di ertikan sebagai rancangan pembangunan untuk memajukan pembangunan negeri dan perkembangan sosio ekonomi yang berkaitan dengannya. lanya juga melibatkan pembangunan latihan dan institusi pentadbiran secara serentak bagi melaksanakan rancangan-rancangan tersebut (Quah, 1975). Kertas kerja ini akan memberi penekanan kepada ciri-ciri pertama definisi ini. Pentadbiran pembangunan negeri telah dimantapkan dengan menerapkan prinsip-prinsip Itqaan, 'Ubudiah dan Mas'uliah. Matlamat pentadbiran yang didokongi oleh semangat Ubudiah telah sekaligus mempengaruhi elemen pertanggungiawaban (mas’uliah) dan gerak kerja yang lebih berkesan ( Itqaan ); dan ini dapat mengelak pembaziran dan memastikan penggunaan sumber secara maksima. Usaha-usaha ini merupakan aspek 'social engineering' dalam sistem pentadbiran dan secara jangka panjangnya memperkukuhkan dimensi pembangunan sumber manusia (human resource development).
Latar belakang sejarah juga mempengaruhi rupa bentuk institusi pentadbiran. Budaya sosio politik Kelantan yang agak unik telah memberi penekanan kepada peri pentingnya aspek ‘autonomi’. Sungguhpun Sistem Federalisme lebih memihak kepada pusat, faktor-faktor ‘autonomi’ yang dimiliki oleh Kelantan telah memberi ruang kepadanya untuk mempamerkan satu darjah ketahanan-Politik (political resilient) yang mengkagumkan. Bagi Roff (1974), ketahanan politik ini adalah lahir dari apa yang beliau sebut sebagai 'the self determining character of the Kelantanese'. Aspek autonomi diperkukuh seterusnya oleh tradisi keagamaan (Islam) yang kuat; dan merangsang lahirnya 'kesedaran kolektif’ (collective conscience) di dalam masyarakat Kelantan. Kekuatan sosio budaya ini telah memberi satu landasan yang kukuh bagi Kelantan untuk berdikari. Kuasa autonomi negeri yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan misalnya telah digunakan secara maksima oleh pimpinan politik dan pentadbiran bagi merealisasikan cita-cita menjadikan Islam sebagai "cara hidup" (Addin).