MuqaddimahKita yang sedang berada dalam bilik ini hari ini kesemuanya adalah kesemuanya penumpang bagi sebuah bahtera kecil bernama Kelantan Darulnaim yang sedang dilayarkan di lautan bergelora. Kita tidak tahu adakah gelora ini satu kebetulan atau sengaja dirancang untuk menghakis mana-mana tebing dan menumbangkan pokok-pokok.
Walaupun begitu kita tetap mengemudi denga penuh azam dan tanggungjawab untuk sampai ke satu destinasi idaman bernama "Baldatun thayyibantun warrabbun ghafur" - "Bumi bertuah dan Tuhan yang suka mengampuni kesilapan-kesilapan penumpangnya."
Saya ulangi bahawa itulah arah tuju persinggahan kita. Tuan-tuan diingatkan supaya tak usah fikir banyak dan jangan ubah-ubahkan peta laluan ini. Dan kerana bahtera kita ini kecil kita memerlukan anak-anak kapal yang cekap, kuat bekerja, tolong menolong serta padu.
Nabi Muhammad S.A.W. senddiri memmembandingkan dunia ini ibarat bahtera sebab sebab itu nasihat nabi: Jadngan dibiarkan mana-mana penumpang pandai-pandai menebuk lubang pada dinding bahtera untuk memudahkan mereka mencedok kerana kalau masuk air walaupun dibilik tertentu seluruh bahtera akan karam dan semuanya lemas. Lebih 2 tahun dulu (dua bulan lagi
genap 3 tahun) melayarkan bahtera ini dengan penumpang seramai kira-kira 1.3 juta orang mengandungi bermacam-macam watak dan perangai. Alhamdulillah kita diizinkan Allah berjaya melintasi kawasan yang banyak berbatu kelikir dan jerung-jerung yang selalu mengamuk. Sekali sekala kita terserempak dengan anjing-anjing serigala yang selalu membuat bising semasa kita berhenti rehat dipulau persisiran. Setelah kita layaninya dengan baik dia lari semula masuk ke hutan dan kita selamat.Walaupun kita sekelian, saya dan tuan-tuan telah sekian lama bekerja sebagai anak kapal ini, tetapi ingatlah garis laluan yang sedang digunakan sekarang adalah laluan baru dan masih dalam peringkat pemetaan. Bahtera-bahtera lain sedang menanya khabar sekarang ini tentang kejayaan ekspidisi kita, kerana mereka pun mudah-mudahan akan turut sama dibelakang nanti.
Selama ini kita dan mereka hanya tahu mengikuti laluan yang telah disediakan oleh kapten lain iaitu lanun-lanun Eropah yang telah secara tidak sedari agaknya telah merusakan dinding-dinding bahtera kita dan membawa bermacam-macam penyakit kepada para penumpang sekelian. Sekarang kita sedar kerusakan-kerusan ini dan terus menggunakan cara darn approach yang dipesan oleh datuk nenek kita sendiri sebagai kapten bertauliah dan telah berjaya dalam kerjayanya.
Nabi Muhammad S.A.W. memesan bahawa di antara 73 laluan itu cuma satu sahaja yang selamat. Pesanan utama beliau ialah "Pastikan lebih dahulu target pelayaran dan sasarannya. Jangan berlayar dahulu dan kemudia baru mencari-cari target ditengah-tengah pelayaran". Alhamdulillah target pelayarari yang telah ditetapkan tadi iaitu "Baldatun thayyibatun warrabbun ghafur" atau dalam kata mudah "Islam sebagai Ad-din". Selain dari approach pentadbiran
kerajan hari ini lebih bersifat Ta'awun/ gotong royong sama ada dalam bidang kewangan, fikrah dan pengalaman atau kerjasama yang akrab antara rakyat dan kerajaan. Kita telah menggunakannya dan jelas medapat sambutan yang menggalakkan dan membuahkan hasil yang menyeronokkan kepada keddua-dua belah pihak. Saya sendiri telah berkali-kali hadir di majlis-
majlis pelancaran/ pendermaan/ gotong-royong sebaik sahaja mendapat maklumat.Kita juga menggunakan approach "mudharobah" untuk menggelakkan dari berurusan secara riba kerana riba secara outomatik menghakis rasa ukhuwah/ persaudaraan antara pemilik harta ( kerajaan ) dan rakyat sebagai pengguna. Riba juga menebalkan semangat kedekut dan memusatkan pandangan untuk hidup di dunia semata-mata. Disamping mempertajamkan terus-menerus perbezaan hidup antara yang berada dengan yang tidak berada yang membawa rasa tidak puas hati dan kemusnahan.
Akhirnya manusia terpaksa menjadi abdi kepada pemodal. Bukan sahaja dibidang kewangan bahkan abdi dibidang politik dan moral juga.
Bagi membataskan kerosakan moral yang begitu cepat menggelosor turun, kita telah cepat-cepat mengangkat taraf wanita ke taraf terhormat. Kita tidak lagi membenarkan wanita dijadikan sebagai alat atau komoditi hiburan seperti anggapan dunia Barat yang memuja kebendaan sebab itulah bibit-bibit maksiat yang banyak berpunca dari pendedahan aurat wanita telah diawasi dan disekat oleh Allah S.W.T telah mempertautkan anggota mata dengan anggota kelamin, menandakan bahawa rogol, zina, kelahiran anak-anak haram berhubung rapat dengan jelingan mata pada peringkat awalnya ( Ayat: 30-31 AN NUR).
Ekoran itu kita berusaha mengenalpasti mana satu kategori budaya yang menjolok mata dan yang kudus. Budaya yang mulia sahaja yang perlu dikekalkan dan dibiakkan, maka berlakulah kesedaran menutup aurat khususnya dikalangan pagawai-pegawai wanita dan peniaga-peniaga di Kelantan. Peraturan-peraturan juga dibuat supaya tidak diketengahkan semula wanita-wanita ditempat-tempat yang boleh ditafsir sebagai komoditi/ barangan hiburan yang melalaikan insan
Para pegawai yang saya hormati sekalian;
Walaupun banyak lagi pendekatan-pendekatan baru yang kita dedahkan bersama dalam pentadbiran baru sekarang seperti tindakan ke atas pembalakan/ penerokaan haram, tindakan bagi menyelesaikan tanah-tanah haram melalui pelaksanaan berancang seperti pemberiaan milik tanah blok D.O.
Penggunaan wajah wanita seksi dalam iklan, membuang ddan menyusun semula pengambilan minuman keras. Saya nyatakan ini tidaklah bertujuan mengulangi semula tetapi sekadar "Tazkirah Binikmatillah" merenongkan semula nikmat Allah untuk kita, mudah-mudahan inayahnya akan bertambah lagi.
Tetapi adat belayar di lautan dalam, sekali sekala kita leka dengan hembusan sepoi bahasa yang boleh menghanyutkan kita jauh daripada garisan/laluan selamat dan balik semula mengikut garisan lanun Eropah tadi. Sebagai contoh: Telah berlaku jamuan-jamuan makan malam (dinner) dengan dihiburkan dengan wanita-wanita dalam Kota Darulnaim sendiri. Pihak penganjur tentu sedar tipu helah musuh Allah.
Di sini sukacita saya mengingatkan mereka yang terlibat bahawa rakyat/ pengundi-pengundi yang menjulang sepanduk-sepanduk Islan Sebagai Ad-din dan pengundi-pengundi yang menolong membawa kita ke destinasi tadi, tentunya merasa sedih kalaupun tidak kecewa. Saya sendiri telah membuat ucapan dihadapan KDYMM Tuanku Al Sultan "bahawa Raja di dunia ini sepatutnya Raja juga di akhirat". Jadi persembahan yang bercorak maksiat tadi tentu ada yang hendak mengada-ada tanpa memikirkan bahawa tabiat lama itu boleh menjerumuskan Raja, Kerajaan dan pengundi Perpaduan Ummah ke dalam kancah pergolakan yang tidak ada penghujungnya.
Kita seharusnya bersyukur kerana air sudah jernih sekarang. Usaha-usaha untuk menambahkan jernih mesti diteruskan. Yang ingin menangguk di air keruh dinasihatkan sila ke lubuk lain. Saya tidak hadir di majlis-majlis ini dan membawa hati yang merana. Allah tahu bagaimana deritanya hidup saya. Saya tidak suka memberi amaran, tetapi kucing yang suka membuka saji tentu faham mengapa tuannya memegang lidi.
Tuan-tuan sekalian;
Ada berita yang disampaikan kepada saya bahawa terdapat perbelanjaan-perbelanjaan di akhir tahun dibuat secara mendadak. Adakah ini semata-mata untuk menghabiskan peruntukan kerajaan. Saya meminta supaya tolong semak dan mengkaji mengapa ianya tidak dapat diurus sepanjang tahun dan mengapa tersekat.Terdapat sungutan Ahli Majlis Daerah mengenai projek-projek kecil dipecah-pecahkan kepada beberapa projek pula. Adakah pemecahan ini bertujuan supaya lebih berkesan (cepat) dan lebih tepat dengan masa atau semata-mata nak lari dari sebutharga dengan tujuan yang tidak sihat.