Matlamat KerjaSalah satu tujuan kita berada di sini hari ini ialah untuk sama-sama untuk berfikir dan mencari jalan yang paling baik untuk memberi khidmat kepada rakyat berasaskan kepada landasan dan pendekatan yang baru. Tidak kurang juga tujuan kita hari ini untuk menilai dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk dijadikan panduan dan teladan. Allah telah menetapkan bahawa di antara pelbagai makhluk yang dijadikan, hanya manusialah yang paling sempurna. Manusia juga dilantik sebagai khalifahnya di bumi ini.
Dalam menetukan matlamat kerja yang harus menjadi perhitungan utama ialah memenuhi kehendak rakyat.
Selepas kita melaksanakan tugasan tersebut kita serah sahaja kepada Allah untuk menilai baik dan buruknya. Setiap perkara yang dibuat itu, sudah tentu akan ada ganjaran samada ganjaran sementara atau ganjaran kekal seperti yang disebut-sebut sebagai upah, kepuasan diri, penghormatan dan balasan nikmat akhirat. Kesemua bentuk ganjaran itu selalu melingkari pemikiran kita yang tidak terbatas itu sehingga kita lupa apakah tujuan sebenar kita menjalankan sesuatu tugas itu. Orang lain tidak tahu apa sebenar yang ada dalam pemikiran masing-masing apabila kta membuat sesuatu melainkan kita sahaja boleh membelek-beleknya secara diam-diam. Apa salahnya jarang-jarang sekali kita bertanya diri sendiri "where do I go wrong" setakat hari ini kerana seperti kita memandu kereta ada kalanya baik juga jarang-jarang kita menjengok di cermin atas/tepi untuk melihat di belakang.
Dengan melihat apa yang berlaku di belakang itu, dapat juga sedikit sebanyak dibuat penilaian sendiri samada kita telah memandu dengan betul atau pun telah tersimpang jauh selama ini.