Penutup

Akhirnya bersempena dengan suasana Hijrah Al-Rasul SAW 1414 Hijrah, saya minta sekalian para pegawai dan saya sendiri ingatkan 3 perkara penting kalaupun tidak lebih daripada itu:-
 

1. Tidak menyerah kalah kepada musuh bila berlaku halangan/pertentangan terhadap syiar Islam yang kita bawa sekarang. Baginda rela ketepikan segala kesenangan/kemewahan hidup di Makkah walaupun ditawarkan harta, pangkat, perempuan cantik dan dukun supaya berhenti menyebarkan syiar Islam.

2. Harta benda, anak isteri, rumah tangga dan tanah air tidak sekali-kali menjadi matlamat hidup Muslim, ianya hanya menjadi jambatan untuk ke destinasi tadi "Baldatun thoyyibatan warabbun ghafur" kalau dengan menjaga harta, anak isteri kita terhalang dari sampai ke situ. Perubahan mesti dibuat, jangan teragak-agak. Baginda telah berhijrah dan perubahan secara total telah dilakukan dengan cukup teratur.

3. Sekadar sembahyang, puasa, meratib dan zikir tidak akan membawa Muslim kepada keredhaan Allah. Di Makkah baginda boleh bersembahyang dan meratib, boleh berpuasa dan boleh tawaf di Baitullah, tetapi beliau memilih langkah yang mesti diikhtiarkan untuk kesempurnaan Islam, iaitu memegang kuasa pemerintahan, perkara ini mula di dapati di Madinah Al-Munawwarah tidak di Makkah.


Bertarikh: 14 Ogos 1993