Make your own free website on Tripod.com
HASIL KAJIAN
(1) Kajian ini telah berjaya mendapat maklumat anggaran pendapatan daripada 21 jenis perniagaan yang terdiri daripada:
i.      Pakaian (2 premis)
ii.     Pajak Gadai (2)
iii.    Kedai Runcit (2)
iv.    Makanan Kering (2)
v.     Makanan Kuih (2)
vi.    Ikan
vii.   Ayam (2)
viii.  Daging (2)
ix.    Beras (2)
x.     Sayur (2)
xi.    Gunting Rambut (2)
xii.   Bahan Binaan (2)
xiii.  Kereta Terpakai (2)
xiv.  Komputer (2)
xv.   Perabot (2)
xvi.  Bengkel Kereta (1)
xvii. Perkakas Dapur (2)
xviii.Kedai Iklan (2)
xix.  Klinik Perubatan (2)
xx.   Gerai Minuman (2)
xxi.  Buah-buahan (2)

2. Daripada 21 jenis perniagaan yang dikunjungi, didapati 10 jenis perniagaan adalah menerima pendapatan berbeza antara bulan sebelum, semasa dan selepas Ramadhan:
i.    Pakaian
ii.   Pajak Gadai
iii.  Kedai Runcit
iv.  Makanan Kuih Muih
V.   Ikan
vi.  Daging
vii. Beras
viii.Sayur
ix.  Perkakas Dapor
X.   Gerai Minuman

Sepuluh jenis perniagaan adalah menerima pendapatan tidak berbeza antara sebelum, semasa dan selepas Ramadhan:
i.     Makanan Kering
ii.    Ayam
iii.   Gunting Rambut
iv.   Bahan Binaan
V.    Kereta Terpakai
vi.   Komputer
vii.  Perabot
viii. Kedai Iklan
ix.   Klinik Perubatan
x.    Buah-buahan

3. Anggaran pendapatan (untung) tertinggi mengikut jenis perniagaan yang melebihi RM2000 pada bulan-bulan sebelum, semasa dan selepas Ramadhan ialah:
i.    bahan binaan,
ii.   kereta terpakai,
iii.  komputer,
iv.  perabot, dan
v.   klinik perubatan.

Ini kerana volum perniagaannya lebih besar dan stabil.

4. jenis perniagaan yang meningkat pendapatan pada bulan Ramadhan
ialah:
i.   Pakaian
ii.  Pajak Gadai
iii. Makanan Kuih Muih
vi. Ikan
v . Daging
vi. Sayur.

Ini kerana jenis perniagaan itu adalah berkait dengan musim puasa dan persiapan menghadapi hari raya. Ini dapat dibuktikan pula dengan tumpuan perbelanjaan oleh peniaga (tuan punya kedai yang milik sendiri bukan syarikat/ responden sah) sebahagian adalah kepada persipan hari raya dan keperluan dapur.

 5. Anggaran perbelanjaan secara keseluruhan (daripada responden sah) adalah didapati tertinggi untuk:
i.    Menderma (78.0%)
ii.   Zakat Fitrah (73.2%)
iii.  Keperluan Dapur (70.7%)
iv.  Menyumbang kepada ibu bapa (56.1%)
V.   Pakaian Raya (55.9%)
vi.  Sajian Hari Raya (55.9%)
Ini kerana peniaga-peniaga meletakan prioriti bagi agihan perbelanjaan itu sesuai dengan bulan Ramadhan dan sambutan hari raya.

Berbanding dengan perbelanjaan berikut yang lebih rendah kadarnya kerana pada bulan-bulan lain ia boleh dibuat:
i.    Bonus pekerja (2.4%)
ii.   Bayar hutang (4.9%)
iii.  Perabot rumah (4.9%)
iv.  Mengubahsuai rumah (7.3%)
V.  Menghias rumah (9.8%)
v.i. Memperbesar perniagaan (14.6%)